Hj Fadzil di hadapan projek pembesaran surau yang terbengkalai
Surau Al –Hidayah
Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris
Taman Seri Jenaris
08600 Tikam Batu ,Kedah
Ruj. Kami : SAH / PPTSJ / 1431 H / ( 59 )
Tarikh : 01 Muharam 1431 H / 18 Dec 2009
Tel No. 04-4386344
Assalamua’laikum w.b.t
Yang Berbahagia Dato’/ Datin, Tuan / Puan,
………………………………….
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK DANA PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN
SURAU AL–HIDAYAH TAMAN SERI JENARIS.Dengan segala hormat dan sukacitanya , saya merujuk kepada perkara di atas. Mudah–mudahan di berkati dan dirahmati Allah swt.
2. Surau Al – Hidayah Taman Seri Jenaris mula di bina pada tahun 2002 hasil dari pengorbanan dan sumbangan penduduk dengan inisiatif Persatuan Penduduk (PPTSJ ) beserta pemaju perumahan.
3. Pihak kami sedang dalam proses pembesaran Surau Al-Hidayah termasuk membina sebuah pejabat bagi melancarkan lagi segala aktiviti PPTSJ / SURAU. Angaran kos adalah sebanyak RM30,000.
4. Sehubungan dengan itu kami bagi pihak surau Al – Hidayah / PPTSJ dengan rendah diri memohon jasa baik Dato’ / Datin, Tuan / Puan untuk memberi sedikit sumbangan untuk kami menjayakan program dan perancangan yang telah di jalan seperti berikut :
4.1 Kelas Pengajian & Pendidikan ( sedang di jalankan )
4.1.1 Kuliah & Ceramah bagi setiap bulan
4.1.2 Kelas Fardhu Ain dan KAFA ( Umur 7 tahun – 12 tahun )
( gaji guru di biayai oleh surau sendiri )
4.1.3 TASKI Al –Barakah (cawangan TSJ )
( gaji guru di biayai oleh PPTSJ sendiri )
4.2 Pembesaran dan Pembinaan Pejabat di Surau Al –Hidayah TSJ
4.2.1 Anggaran kos Perbelanjaan RM30000
4.2.2 Kemudahan computer/ internet akan disediakan.
5. Segala sumbangan boleh di salurkan terus kepada
Akaun Surau Al- Hidayah NO. 07043011015678 ( Bank Islam ) atau melalui tabungan yang disediakan dan kepada Pengerusi PPTSJ / SURAU seperti alamat di atas.
6. Moga – moga sumbangan ikhlas dari pihak Dato / Datin , Tuan / Puan mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah swt. InsyaAllah.
Mohd Khir Bin Abu
Pengerusi
Persatuan Penduduk (PPTSJ ) / Surau Al-Hidayah
Taman Seri Jenaris, Tikam Batu,
Pemasangan siling sedang di jalankan
Bahagian dapur surau yang perlu pembaikan
No comments:
Post a Comment