20.12.09

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK DANA PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN

Hj Fadzil di hadapan projek pembesaran surau yang terbengkalai


Surau Al –Hidayah
Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris
Taman Seri Jenaris
08600 Tikam Batu ,Kedah

Ruj. Kami : SAH / PPTSJ / 1431 H / ( 59 )
Tarikh : 01 Muharam 1431 H / 18 Dec 2009
Tel No. 04-4386344

Assalamua’laikum w.b.t

Yang Berbahagia Dato’/ Datin, Tuan / Puan,
………………………………….

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK DANA PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN
SURAU AL–HIDAYAH TAMAN SERI JENARIS.


Dengan segala hormat dan sukacitanya , saya merujuk kepada perkara di atas. Mudah–mudahan di berkati dan dirahmati Allah swt.

2. Surau Al – Hidayah Taman Seri Jenaris mula di bina pada tahun 2002 hasil dari pengorbanan dan sumbangan penduduk dengan inisiatif Persatuan Penduduk (PPTSJ ) beserta pemaju perumahan.

3. Pihak kami sedang dalam proses pembesaran Surau Al-Hidayah termasuk membina sebuah pejabat bagi melancarkan lagi segala aktiviti PPTSJ / SURAU. Angaran kos adalah sebanyak RM30,000.

4. Sehubungan dengan itu kami bagi pihak surau Al – Hidayah / PPTSJ dengan rendah diri memohon jasa baik Dato’ / Datin, Tuan / Puan untuk memberi sedikit sumbangan untuk kami menjayakan program dan perancangan yang telah di jalan seperti berikut :

4.1 Kelas Pengajian & Pendidikan ( sedang di jalankan )
4.1.1 Kuliah & Ceramah bagi setiap bulan
4.1.2 Kelas Fardhu Ain dan KAFA ( Umur 7 tahun – 12 tahun )
( gaji guru di biayai oleh surau sendiri )
4.1.3 TASKI Al –Barakah (cawangan TSJ )
( gaji guru di biayai oleh PPTSJ sendiri )
4.2 Pembesaran dan Pembinaan Pejabat di Surau Al –Hidayah TSJ
4.2.1 Anggaran kos Perbelanjaan RM30000
4.2.2 Kemudahan computer/ internet akan disediakan.

5. Segala sumbangan boleh di salurkan terus kepada Akaun Surau Al- Hidayah NO. 07043011015678 ( Bank Islam ) atau melalui tabungan yang disediakan dan kepada Pengerusi PPTSJ / SURAU seperti alamat di atas.

6. Moga – moga sumbangan ikhlas dari pihak Dato / Datin , Tuan / Puan mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah swt. InsyaAllah.


Mohd Khir Bin Abu
Pengerusi
Persatuan Penduduk (PPTSJ ) / Surau Al-Hidayah
Taman Seri Jenaris, Tikam Batu,
Pemasangan siling sedang di jalankan

Bahagian dapur surau yang perlu pembaikan

Majlis perkahwinan dirumah En Zulkifly

Semalam telah berlangsung perkahwinan anak En Zulkifly di Taman Seri Jenaris. Penyediaan makanan dan khemah juga bentara dibuat secara bergotong royong dengan kerjasama Al-Hidayah Katering. Selamat pengantin baru kepada pasangan pengantin, semuga kekal bahagia hingga keakhir hayat.

9.12.09

Pendaftaran Pelajar Sesi 2010

Pendaftaran untuk pelajar TASKI dan KAFA anjuran PPTSJ dan Surau Al-Hidayah telah di buka sekarang. Pendaftaran boleh dilakukan di pejabat PPTSJ atau hubungi Sdr Mansor (Biro Pendidikan) / Ustazah Norlia (TASKI) / Ustazah Naimah (KAFA)TASKI - Terbuka kepada kanak-kanak berumur 5 - 6 tahun (Yuran Bulanan RM25.00)
KAFA - Terbuka kepada semua murid sekolah rendah. (Yuran Bulanan RM15.00)

5.12.09

Kuliah Maghrib Surau Al-Hidayah

Kuliah Maghrib diadakan di Surau Al-Hidayah, seminggu sebanyak 3 kali. Semua penduduk Taman Seri Jenaris di jemput hadir ke Surau Al-Hidayah berjemaah bersama dan mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ustaz yang terpilih mengikut giliran.
Antara jemaah yang hadir

Ustaz Siddiq Noor sedang menyampaikan kuliah
Ingatlah wahai orang yang beriman .. bahawa kita sering dilalaikan oleh harta dan perempuan .. sehingga Allah menyebut di-dalam Al-Quran supaya berhati-2 dengan harta dan anak-pinak sehingga lupa terhadap agama...