Gcam 7 for realme x2 pro
5 years ago
Pendaftaran untuk pelajar TASKI dan KAFA anjuran PPTSJ dan Surau Al-Hidayah telah di buka sekarang. Pendaftaran boleh dilakukan di pejabat PPTSJ atau hubungi Sdr Mansor (Biro Pendidikan) / Ustazah Norlia (TASKI) / Ustazah Naimah (KAFA)
TASKI - Terbuka kepada kanak-kanak berumur 5 - 6 tahun (Yuran Bulanan RM25.00)
Sekitar aktiviti di Majlis Hari Keluarga
Alhamdulillah.. penambahan bangunan surau kita telah siap.. dan hanya memerlukan sedikit lagi dana unutk menambah siling. Kepada sessiapa yang berhajat untuk menghulurkan sumbangan bolehlah berhubung terus kepada pengerusi Ustaz Md Khir. Bila siap sepenuhnya nanti tempat itu akan di jadikan Kelas KAFA, yang mana sekarang murid belajar didalam surau.
Alhamdulillah.. dengan wang derma persaorangan dan koporat melalui Dana Pembangunan & Pendidikan yang telah dilancarkan pada bulan Ramadhan lalu pihak Surau Al-Hidayah telah dapat memulakan penambahan bangunan surau untuk kegunaan Kelas Kafa dan pejabat. Kos penambahan bangunan sebanyak RM17,000.00. Kos tambahan masih di perlukan untuk menambah siling, pendawaian elektrik dan kipas. Pihak kami mengalu-alukan dan sangat berharap kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan berbentuk wang atau bahan binaan untuk melengkapkan bangunan tersebut. Penyumbang bolih berhubung terus kepada Pengerusi (Ust Md Khir). Tidak lupa juga di ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang, semuga ALLAH membalas diatas sumbangan tuan puan itu.. Amin.
Hari ini 25 Oct 2009 telah diadakan Majlis perkahwinan Nur Hafizah & Noraizam di Dewan Serbaguna Tikam Batu. Al-Hidayah Katering dan PPTSJ bersama sekali lagi di amanahkan untuk penyediaan makanan dan bentara bagi majlis tersebut. Semuga pasangan pengantin akan kekal bahagia sehingga keakhir hayat. Amin...
Petang tadi Khamis 22 Oct 2009, sekali lagi diadakan Kursus Pertanian di perkarangan Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris. Kali ini peserta belajar untuk menanam sayuran seperti lada di dalam polybag. Campuran adalah seperti berikut: 3 bahagian tanah (topsoil), 2 bahagian baja tahi ayam dan 1 bahagian pasir. Semua bahan dicampur rata (digaul) kemudian masukkan kedalam polybag.. barulah ditanam benih lada yang berumur 2-3 minggu.

Petang tadi telah di adakan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan sempena Ramadhan kepada penduduk Taman Seri Jenaris yang layak seperti warga tua dan ibu tunggal. Program kali ini di namakan 'Santuni Rakyat' yang di anjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris dengan kerjasama MKK Taman Sri Jenaris. Seramai 15 orang telah menerima sumbangan dan telah di sampaikan oleh Wakil ADUN Pantai Merdeka.
Koleksi Photo disini.

Sempena Ramadhan bulan yang mulia ini, pihak kami telah melancarkan Kupon Dana Pendidikan dan Pembangunan Surau Al-Hidayah. Bertujuan untuk memberi peluang kepada sesiapa jua menghulurkan sumbangan dan menambah saham akhirat. Segala sumbangan akan dipergunakan untuk Pendidikan anak-anak Taman Seri Jenaris dan Pembangunan Surau Al-Hidayah. Sesungguhnya segala amal jariah kita inilah yang akan mengiringi kita ke akhirat nanti.



Disamping itu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya juga telah membuka kaunter pendaftaran yang di kendalikan oleh pegawai yang datang dari Alor Setar untuk memudahkan penduduk membuat pendaftaran baru dan bertukar kawasan pilihanraya mengikut alamat di kad pengenalan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat, mudah-mudahan dengan usaha kita ini taman kita akan sentiasa bersih dan cantik sehinggakan taman ini boleh menjadi taman contoh di kawasan Kuala Muda ini.
Pada 30 Mei 2009 bermula jam 9.00 malam telah berlangsung Mensyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris, Tikam Batu. Seramai 75 ahli telah hadir daripada keseluruhan ahli seramai 173 orang.
Riadah bersama pemimpin capai matlamat
Pagi tadi Sabtu 16 Mei 2009 telah diadakan program Jom Riadah Bersama Pemimpin di perkarangan Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris. Acara telah di rasmikan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani YB Dato' Johari bin Abdul. Semua peserta telah mendaki Bukit Jenaris dan selamat turun jam 11.00 pagi. Seterusnya upacara penyampaian hadiah dan juga cabutan bertuah telah diadakan disamping ucapan dari Ketua MKK dan juga Wakil Adun Pantai Merdeka. Seterusnya semua peserta telah dijemput ke jamuan makan tengahari.

Berhubung dengan perkara di atas, telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas semalam bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris kali ke 4 akan diadakan pada hari Sabtu 30 Mei 2009 jam 0900 malam bertempat di Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris,
Pasukan Kompang Taman Seri Jenaris telah di tubuhkan pada Mei 2009. Latihan telah di adakan seminggu sekali di Surau Al-Hidayah oleh tenaga pengajar yang di datang khas dari Butterworth. Kepada semua remaja dan sesiapa yang berminat di kalangan penduduk taman, bolehlah datang belajar dan menyertai kumpulan ini.


