19.3.11

Gotong-royong Perdana

Hari ini telah di adakan Program Gotong-royong Perdana anjuran bersama Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris dan KRT Taman Seri Jenaris. Penduduk terdiri dari lelaki, wanita, remaja dan kanak-kanak bekerjasama membersihkan Surau, perkarangan surau, jalan-jalan utama dan longkang disekitar Taman Seri Jenaris.Bagi memeriahkan program ini, cabutan bertuah telah diadakan. Gotong-royong tamat jam 12 tengahari dengan jamuan makan. Terima kasih kepada semua penduduk yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.Koleksi Photo disini

16.3.11

Gotong-royong Perdana

Program Gotong-royong Perdana akan diadakan:

Tarikh: 19 Mac 2011
Masa: 8.00 pagi - 12 tengahari
Tempat : Taman Seri Jenaris

SEMUA PENDUDUK / PENGHUNI TAMAN SERI JENNARIS DI JEMPUT HADIR BAGI MENJAYAKAN PROOGRAM TERSEBUT.

JAMUAN MAKAN TENGAHARI AKAN DISEDIAKAN

"KESEPAKATAN KEARAH MENCARI REDHA ALLAH SWT"

13.3.11

Majlis Perkahwinan

Selamat Penganntin Baru kepada 2 pasangan anak Encik Ismail yang melansungkan Majlis Perkahwinanya pada hari ini 13 Mac 2011.
Terima kasih kepada semua yang berusaha untuk menjayakan majlis ini.
Koleksi Photo disini

5.3.11

Kenduri di rumah En Adnan

Pada 5 Mac 2011 (Sabtu) penduduk Taman sebanyak 8 buah kereta telah berkonvoi ke rumah En Adnan di Kampung Bukit, Mukim Kurung Hitam, Kuala Nerang, untuk menghadiri majlis kenduri dan doa selamat.Terima kasih kepada tuan rumah yang telah memberikan layanan istimewa kepada kami semua.

20.2.11

Gotong-royong pembesaran dapur Surau

Bermacam projek menaik taraf sedang dijalankan.

Tukar bumbung baru

En Adnan sedang menanam pokok korma.. Lima tahun lagi Insyaallah kita boleh makan buahnya.

15.2.11

Sambutan Maullidur Rasul




Perarakan Maulidur Rasul di Surau Al-Hidayah



Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Halim

14.2.11

Persediaan Sambutan Maulidur Rasul

Kepada semua penduduk Taman Seri Jenaris dijemput menghadiri Majlis Perarakan Maulidur Rasul pada 15 Feb 2011 bermula jam 07.30 pagi di perkarangan Surau Al-Hidayah. Tazkirah dan jamuan makan tengahari akan diadakan.

Sekitar persediaan untuk majlis tersebut.



6.2.11

Selamat Pengantin Baru

Hari ini 6 Feb 2011 Saudara Shahidan Hashim telah mengadakan majlis walimatulurus untuk adiknya.Terima kasih kepada semua penduduk Taman Seri Jenaris yang terlibat sama dalam menjayakan majlis tersebut.Kepada pasangan pengantin didoakan semuga kekal abadi dalam kebahagian hingga ke akhir hayat.

30.1.11

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Noor Hafizah dan Mohd Daud, anak kepada Saudara Zakaria (MKK). Semuga kekal abadi berbahagia hingga keakhir hayat.Saudara Zakaria dan isterinya Puan Rozita
Penduduk bersama YB Datok Johari Abdul (MP Sungai Petani)Penduduk yang berusaha dan tetamu yang hadirMalam sebelumnya diadakan Majlis Tahlil dan Selawat

18.1.11

Ceramah Perdana Taman Seri Jenaris


Alhamdulillah... selesai sudah Majlis Ceramah Perdana yang telah di adakan di Dataran Taman Seri Jenaris. Ceramah telah disampaikan oleh Al-Fadzil Ustaz Haji Ramli bin Haji Safei, mantan Pengetua Sekolah Menengah Agama Yan. Sambutan dari kalangan penduduk Taman Seri Jenaris dan sekitar Tikam Batu amat menggalakan. Mudah-mudahan dengan menghadiri kemajlis seperti ini kita semua mendapat sedikit ilmu agama dalam menjalani kehidupan seharian kita, juga mendapat manafatnya dalam menguruskan rumahtangga kita. Semuga kehidupan kita lebih diberkati oleh Allah samada didunia atau di akhirat kelak.

11.1.11

Ceramah Perdana

Ceramah Perdana

Penceramah: Al-Fadzil Ustaz Hj Ramli Bin Hj Safei
(Mantan Pengetua Sekolah Agama Yan)


Tarikh : 17 Januari 2011 (Isnin)
Masa : Selepas Solat Isyak
Tempat: Dataran Taman Seri Jenaris

Semua penduduk Taman Seri Jenaris dan sekitar di jemput hadir beramai-ramai.

2.1.11

Konvoi ke Kuala Krai

Pada 31 Disember 2010 kami sebanyak 6 buah kereta dari Taman Seri Jenaris telah berkonvoi ke Kuala Krai bagi menghadiri majlis perkahwianan Cik Haslinda. Kami bertolak jam 7.30 pagi dan sampai di Kampung Kubang Lebur Kuala Krai pada jam 12.30 tengahari. Kami mengucapkan terima kasih kepada Cik Haslinda sekeluarga di atas layanan yang telah di berikan. Kami juga megucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai, semuga kekal abadi hingga keakhir hayat didalam lindungan dan Rahmat Allah.

26.11.10

Ceramah Perdana

"PALESTIN DI JAJAH, DIMANAKAH KITA!"

Penceramah:

Al-Fadzil Ustaz Mohd Lothfi Bin Mohd Khalid
(Penyelaras Aman Palestin, Kedah)

Pada:
28 November 2010 (Ahad)

Masa:
Selepas Maghrib

Tempat:
Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

21.11.10

Program Kem Cuti Sekolah Siri 4 (2010)

Tenaga pengendali dan pengajar

Program Kem Cuti Sekolah Siri 4 (2010) selesai dijalankan di Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris bermula dari 21 Nov hingga 25 Nov 2010 (Ahad - Khamis). Seramai 50 orang peserta terdiri dari pelajar Sekolah Rendah dan Menengah dari sekitar Tikam Batu dan Penaga mengikuti Kem Cuti Sekolah ini.Tentatif ProgramAntara pelajar yang menyertai Kem Cuti Sekolah
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan
Ceramah dan ucapan penutup programPeserta perempuanPeserta lelaki

19.11.10

Majlis INTIFAL TASKI & KAFA

MAJLIS INTIFAL TASKI DAN KAFA
Tarikh: 19 Nov 2010 (Jumaat)
Masa: 2.30 Petang
Perasmian oleh: YB Hj Abdullah Jusoh (ADUN Pantai Merdeka)
Koleksi Photo disini

18.11.10

Program Cuti Sekolah

Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris akan menjalankan beberapa program sepanjang cuti persekolahan ini.

MAJLIS INTIFAL TASKI DAN KAFA
Tarikh: 19 Nov 2010 (Jumaat)
Masa: 2.30 Petang
Perasmian oleh: YB Hj Abdullah Jusoh (ADUN Pantai Merdeka)

SEMUA MUSLIMIN / MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH SIRI 4 (2010)
Tarikh: 21- 25 Nov 2010 (Ahad hingga Khamis)
Masa: 08.00 pagi - 12 tengahari
Peserta: Terbuka kepada semua pelajar Sekolah Rendah dan Menengah

17.11.10

Program Aqiqah dan Korban Perdana 2010

Taman Seri Jenaris telah mengadakan Program Aqiqah dan Korban Perdana bertempat di Surau Al-Hidayah. Sebanyak 9 ekor lembu telah di korbankan pada tahun ini diatas kerjasama dan kesepakatan penduduk Taman Seri Jenaris. Jamuan kenduri makan tengahari juga telah diadakan sempena majlis korban tersebut.
Koleksi Photo Disini

10.10.10

Majlis Jamuan Hari Raya 2010

Gotong-royong dalam membuat persiapan oleh penduduk.

Majlis Jamuan Hari Raya telah di adakan di perkarangan Surau A-Hidayah pada 9 Okt 2010. Majlis diadakan dalam 2 sesei.. Bermula jam 2.00 ptg sehingga 5.00 ptg . Jamuan yang disedia ialah Nasi minyak berlauk ayam masak merah, ketupat pulut dan rendang, lontong dan kueh mueh. Di-sebelah malam bermula jam 7.00 mlm hingga 11.00 mlm. Ucapan ringkas oleh Pengerusi PPTSJ dan bacaan doa oleh En Rashidi

Acara malam di mulakan dengan Solat Mahgrib dan Tazkirah Mahgrib.. solat Isyak dan seterusnya acara di perkarangan Surau diteruskan pula dengan persembahan kompang dari anak-anak dari Sekolah Kebangsaan Penaga dan persembahan Multimedia dari Biro ICT. Jamuan malam yang disediakan ialah nasi minyak berlauk ayam, behon sup dan juga satay.Melayan penduduk yang hadir

Ribuan terima kasih kepada semua penduduk yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis ini.

8.10.10

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA

TARIKH: 09 OKTOBER 2010

HARI: SABTU

MASA: 2.00 PTG -4.30 PTG
08.00 MLM - 10.30 MLM

TEMPAT; PERKARANGAN SURAU AL-HIDAYAH
TAMAN SERI JENARIS, TIKAM BATU.

SEMUA PENDUDUK DI JEMPUT HADIR

ANJURAN: PPTSJ /KRT/MKK / SURAU AL-HIDAYAH / MAJLIS MUAFAKAT FLAT.

Pejabat Surau Al-Hidayah

Ribuan terima kasih kepada hamba Allah yang telah memberi Set Komputer dan Printer untuk kegunaan pejabat Surau Al-Hidayah. Semuga Allah memberikan limpah rahmat dan rezeki kepada beliau.