Petang tadi telah di adakan Majlis berbuka puasa bersama YB Dato' Johari Abdul Ahli Parlimen Sungai Petani. Sebelum waktu berbuka telah diadakan Majlis Tahlil bersama-sama jemaah Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris.
Sempena menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia, pada hari Ahad 08 Ogos 2010 telah diadakan gotong-royong perdana di Masjid Pulau Sepom Tikam Batu. Sebagai anak kariah, penduduk Taman Seri Jenaris telah sama-sama menyertai gotong-royong tersebut.
PUASA mengajar kita erti Kesabaran, Ketaqwaan, dan Keimanan. Orang yang SABAR, BERTAQWA & BERIMAN tidak letih dengan PUASA.
Petang tadi majlis meraikan anak-anak yatim Taman Seri Jenaris telah di adakan di RFC Laguna Sungai Petani. Majlis dianjurkan oleh MKK dan Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris. Semuga dengan majlis seperti ini dapat menunjukan keperahatinan kita semua kepada anak-anak yatim ini sempena menjelang Ramadan nanti.
YB Hj Abdullah sedang menyampaikan hadiah.
MKK sedang menyampaikan hadiah.
Majlis perkahwinan anak En Razak pada Sabtu 05 Jun 2010. Semuga pasangan pengantin Miza dan Zul dipanjangkan jodoh dan berbahagia hingga ke akhir hayat.. Amin.
Photo lain disini.

Keadaan persekitaran yang kotor sebelum gotong-royong
Pada 3 April telah diadakan Ceramah Agama bertempat di surau Al-Hidayah. Ceramah di sampaikan oleh Al-Fadzil Ustaz Hj. Mohd Isa Bin Hj. Abdul Rahman (Penceramah Radio 3 Alor Setar). Kehadiran penduduk amat menggalakan. Harapan pihak penganjur agar semua penduduk dapat melapangkan masa untuk hadir, setiap kali di adakan kuliah agama.
Sebentar tadi telah didakan ceramah Maulidur Rasul yang telah di sampaikan oleh Al-Fazdil Ustaz Khairol Fitri Bin Hj Kiraman dari Kepala Batas. Ceramah beliau yang menggunakan multimedia telah dapat menarik perhatian sebilangan penduduk Taman Seri Jenaris termasuk kaum ibu dan kanak-kanak juga remaja.
Semuga dengan ceramah beliau yang bertajuk 'Mencari Kunci ke Syurga' akan dapat memberikan pengajaran dan ilmu juga keinsafan dengan kekuasaan dan kebesaran ALLAH SWT.
Sempena sambutan Mauludir Rasul, Persatuan Penduduk dengan kerjasama TASKA dan KAFA telah mengadakan perarakan di dalam Taman Seri Jenaris. Terima kasih kepada semua di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan bagi menjayakan program tersebut. Semuga dengan ini akan dapat mengeratkan silatulrahim antara kita dan contohilah ahlak baginda Rasulullah yang kita cintai.
Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris telah mengadakan ekpidisi ke Kuala Terengganu dan Kelantan pada 12 Feb 2010 hingga 14 Feb 2010. Bertolak jam 11.30 malam dan sampai di Kuala Terengganu pada pagi Sabtu.
Lawatan ke Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal.
Kemudian ekpidisi ke Pantai Batu Buruk untuk makan tengahari. Selepas makan rombongan terus ke Pasar Payang untuk membelibelah. Pada jam 4.00 petang semua peserta bertolak ke Suria Beach Resort di Merang untuk bermalam disana.
Keesokan harinya peserta bertolak ke Kota Baharu Kelantan dan sampai di Pasar Siti Khatijah jam 4.00 petang. Ekpidisi bertolak balik ke Sungai Petani jam 6.30 petang dan sampai jam 3.00 pagi. Alhamdulillah Ekpidisi kali ini berjalan lancar dan selamat pergi dan kembali. Koleksi Photo klik disini