23.4.09

Kecurian di Taman Seri Jenaris

Pagi tadi terlihatlah kereta jiran duk tertenggek atas batu bata... dah agak dah... mesti ada malaun rembat sport rim ni. Bila tuan rumah keluar dia terkejut... memang sah kena rembat malam tadi. Kejadian diantara pukul 4.00 higga 6.00 pagi agaknya.











Nampaknya pencuri & penyamun dah mula beroperasi kat taman kita ni. Bulan lepas berpuluh besi penutup saluran tandas yang hilang. Apa tindakan kita?. Saya mengesyorkan kita adakan semula Sekim Rondaan Sukarela seperti dulu...... dah lama terhenti ni. Harapan agar penduduk taman berhati-hati dan bekerjasama dalam membenteras gejala kecurian ni. Kita mulakan semula Sekim Rondaan Sukarela tu... setuju.

20.4.09

Jawatan Kosong - Tetap dan Berkekalan

Temuduga Sebagai : Calon Jenazah

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Terima kasih warismegat (Detikdaily Forum)

18.4.09

Katering di sekolah St Mark


Hari ini Al-hidayah Katering ada tempahan di sekolah St Mark. Ini kali ke 4 Al-Hidayah Katering mendapat tempahan dari sekolah ni.. Terima kaseh kepada pihak sekolah diatas sokongan yang di beri. Untuk sesiapa yang memerlukan sajian untuk majlis apa jua, boleh lah membuat tempahan dari Al-Hidayah Katering, Taman Seri Jenaris Tikam Batu.


Sempat juga En Adnan 'bertazkirah' sementara tunggu jamuan selesai...

5.4.09

Kursus Pertanian


Hari ini juga jam 2.30 petang tadi telah diadakan Kursus Pertanian di Surau Taman Seri Jenaris. Taklimat telah disampaikan oleh En Abdul Halim Bin Ahmad dari Jabatan Pertanian Sungai Petani. Seramai 25 orang telah menyertai kursus tersebut. Adalah diharapkan agar peserta kursus telah dapat maklumat dan pelajaran didalam penanaman sayuran di sekeliling rumah kita atau di sekitar taman ini.

Koleksi Photo di Galeri 2

Kursus Pengurusan Jenazah (Muslimat)


Pagi tadi 05/04/09 Ahad, telah diadakan kursus pengurusan jenazah khas untuk muslimat di Surau Taman Seri Jenaris. Seramai 22 orang muslimat telah menyertai kursus tersebut. Kursus merangkumi cara-cara memandikan dan mengkapankan jenazah secara praktikal. Kursus telah dikendalikan oleh Ustazah Badariah (Kak Yom).



Koleksi photo di Galeri 1

30.3.09

Program Bulan April 2009

Kursus Pengurusan Jenazah (Muslimat Sahaja)

Tarikh : 05 April 2009 (Ahad)
Masa : Jam 11:00 pagi
Tempat : Surau Al-Hidayah
Kehadiran : Semua muslimat yang berminat di jemput hadir.

Kursus Pertanian

Tarikh : 05 April 2009 (Ahad)
Masa : 02:30 petang
Tempat : Perkarangan Surau Al-Hidayah
Kehadiran : Semua penduduk yang berminat di jemput hadir
*Minum dan makan petang di sediakan.

22.3.09

Taklimat Kawasan Rukun Tetangga



Taklimat penubuhan Kawasan Rukun Tetangga telah diadakan di Surau Taman Sri Jenaris malam tadi.
Koleksi Photo di Galeri 1

20.3.09

Mesyuarat MKK



Satu mesyuarat MKK telah diadakan pada 19/03/09 hari Khamis jam 09.00 malam bertempat di pejabat MPSP lama. Mesyuarat telah di pengerusikan oleh Ketua Kampung Saudara Syed Zakaria Bin Othman. Banyak perkara yang telah di perbincangkan dan di bangkitkan. IsyaAllah perkara tersebut akan diberi perhatian dan tindakan segera.

15.3.09



Kursus membuat keranda dan pengurusan jenazah telah diadakan pagi tadi di Surau A-Hidayah. Seramai 15 orang muslimin dan muslimat telah menghadiri kursus tersebut. Dengan adanya ahli PPTSJ yang boleh menguruskan jenazah diharapkan dimasa mendatang jika ada kematian, mudahlah penduduk ditaman ini untuk menguruskan nya tanpa bantuan dari pihak luar.

14.3.09

Majlis Perkahwinan di rumah En Shohid @ Jamil


Majlis perkawinan anak perempuan En Shohid @ Jamil telah selamat disempurnakan pada 14 Mac 2009 (Sabtu). Majlis berjalan lancar atas kerjasama penduduk Taman Seri Jenaris yang turut serta bergotong royong. Di harapkan semangat gotong royong begini berterusan untuk dimasa-masa makan datang.En Shohid & Isteri (Ibubapa pengantin)

Tidak lupa ucapan kepada pengantin, Selamat Pengantin Baru dan diharapkan kekal hingga keakhir hayat hidup dalam aman dan damai... Amin.

Koleksi Photo di sini

9.3.09

Pondok Wakaf (Gazebo) di Pusat Komuniti













Ketua MKK Sdr Zakaria Othman memberi sumbangan kepada Saudara Ahmad Zulkifly diatas daya usaha beliau membina pondok wakaf untuk kegunaan Pusat Komuniti Taman Seri Jenaris.

**Koleksi Photo disini.

Program Sambutan Maulidur Rasul


Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pagi tadi. Perarakan sambil berselawat di sekitar Taman Seri Jenaris dapat diadakan dengan kerjasama penduduk terutama PPTSJ, Biro Wanita, Biro Remaja, Kanak-kanak KAFA dan juga TASKI.
**Koleksi Photo disini dan disini..

8.3.09

Pondok Wakaf

Petang tadi kami bergotong royong untuk menyiapkan sebuah pondok wakaf. Kerja-kerja awal dan reka bentuk telah dilaksanakan oleh sahabat kita En Zul. Terimakasih kepada beliau yang telah bertungkus-lumus untuk menyiapkan pondok tersebut. Tidak lupa perhargaan dan terima kasih kepada Syarikat Ikatan Ficus Sdn Berhad yang telah menyumbangkan bahan kayu.













En Zul tersenyum puas setelah projeknya berjaya dilaksanakan... terima kasih sekali lagi.

7.3.09

Program Bulan Mac 2009

PROGRAM MAULIDUR RASUL 1430 HIJRAH

Tarikh : 09/03/09 Isnin
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Surau Al-Hidayah TSJ
Pengisian: Solawat & Perarakan Maulidur Rasul sekitar Taman Seri Jenaris

Semua penduduk di jemput hadir.

PROGRAM LATIHAN MEMBUAT KERANDA & PENGURUSAN JENAZAH DI TSJ

Tarikh : 15/03/09 Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Surau Al-Hidayah TSJ

Muslimin yang berminat di jemput hadir.

PROGRAM TAKLIMAT MENUBUHKAN RUKUN TETANGGA DI TAMAN SERI JENARIS

Tarikh : 22/03/09 Ahad
Masa : 9.00 malam
Tempat : Perkarangan Surau Al-Hidayah TSJ

Semua penduduk di jemput hadir. Makan malam di sediakan.

KURSUS PERTANIAN (PENANAMAN SAYUR)

Tarikh: 29/03/09 Ahad
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Taman Seri Jenaris (Taski)

Terbuka kepada semua penduduk. Yang berminat bolih hubungi En Syed Zakaria Bin Othman.

24.2.09

Kuda di Taman Seri Jenaris


Satu lagi tarikan di Taman Seri Jenaris.. Sesiapa yang berminat untuk belajar menunggang kuda bolih lah berhubung dengan Saudara Shahidan atau terus ke kandang (Stable). Sekarang telah ada 2 ekor kuda dan akan ditambah kepada 5 ekor. Track laluan menunggang juga telah tersedia.


9.2.09

Program Jati Diri - KDRM & PPTSJ

Satu program Jati Diri (Survival 1/2009, Bukit Jenaris, Taman Seri Jenaris Tikam Batu) telah diadakan pada hari Ahad 08 Feb 2009 oleh Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris. Lebih 80 peserta telah mengikuti program ini dengan jayanya.

Objectif Program:

  • Sebagai program riadah untuk kesihatan semua Warga Kastam khasnya dan seluruh peserta amnya.
  • Mumupuk semangat bekerjasama di antara Ahli Kesatuan dan Warga Kastam.
  • Mengeratkan tali siratulrahim di antara Warga Kastam dan orang awam.

**Koleksi Photo disini.

9.1.09

Pelancaran Tabung Palestine

Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris dengan kerjasama Surau Al-Hidayah telah melancarkan tabung Palestine mulai hari ini sehingga 15 Jan 2008. Bersama kita membantu saudara kita di Palestine. Sumbangan boleh di salurkan melalui Pengerusi atau Setiausaha persatuan.

Doa untuk Palestine

Ya Allah... Kau tetapkanlah iman saudara2 seagamaku di Palestine dan Lubnan,
Kau semarakkanlah semangat jihad mereka...
Kau tiupkanlah kekuatan rohani dan fizikal ke dalam diri mereka..
Ya Allah..bantulah mereka dalam menjalani kehidupan mereka...
bantulah mereka dalam memenangi peperangan ini......
sesungguhnya ya Allah.. mereka berjuang demi agama islam, bangsa, negara,
dan juga maruah mereka ya Allah..
Ya allah.. Kau lindungilah anak2 mereka...para wanita mereka...agar selamat..
supaya di hati mereka yang bergelar pejuang itu..tiada gentar, tiada risau dan tenang selalu...
Ya Allah.. Kau pertajamkanlah sasaran peluru mereka.....
agar padu menembusi tubuh Yahudi laknat itu....
kerana mereka itu cuba untuk merosakkan kebenaran agama mu ya Allah..
Amin...ya robbal alamain " ALLAHU AKBAR

6.1.09

Gotongroyong di Pondok Kawalan

Kepada semua penduduk taman yang ada kesempatan marilah beramai-ramai bergotong royong di pondok keselamatan taman pada hari Sabtu 10 Jan 2008 jam 09.00 pagi. Kerjasama anda semua sangat-sangat diharapkan.
"Hidup Sepakat Membawa Berkat"

28.12.08

Sekitar Ekpedisi mendaki Bukit Jenaris


Pagi tadi satu lagi program Ekpedisi mendaki Bukit Jenaris (Bukit Berut) berjaya terlaksana berkat kerjasama penduduk Taman Seri Jenaris dan AADK Kuala Muda. Bermula jam 8.00 pagi setelah semua peserta bersarapan, diadakan senaman ringan memanaskan badan yang di ketuai oleh En Shahidan. Seterusnya peserta (lebih 150 orang) memulakan pendakian, ada 10 peserta tidak dapat meneruskan pendakian akibat dari kekejangan otot dan sebagainya. Walau bagaimana pun peserta selebihnya telah dapat menamatkan pendakian ini termasuk warga tua yang berumur 72 tahun dan kanak-kanak baru berumur 4 tahun.

Syabas kepada yang berjaya.

**Koleksi Photo di sini

24.12.08

Survival II - Mendaki Bukit Jenaris

SURVIVAL II - MENDAKI BUKIT JENARIS
TAMAN SERI JENARIS

ANJURAN PPTSJ BERSAMA AADK DAERAH KUALA MUDA DAN MEDIA

PADA: 28 DEC 2008
MASA: 0715 PAGI
TEMPAT : TAMAN SERI JENARIS, TIKAM BATU

TENTITIF PROGRAM:
0715 pagi - Ketibaan peserta / Sarapan pagi
0740 pagi - Taklimat / Bacaan Doa Selamat
0800 pagi - Sessi senaman (Warm-up / Senaman Harimau)
  • Mendaki bukit
  • Rehat / Tazkirah
  • Menurun bukit
  • Penyampaian hadiah misteri
  • Ucapan oleh wakil AADK / Media
  • Ucapan penutup oleh Pengerusi PPTSJ
1200 t/hari -Jamuan makan (Rebung Masak Lemak / Asam Pedas Terubuk)

SEMUA PENDUDUK LELAKI DAN PEREMPUAN BERUMUR 12 HINGGA 56 TAHUN DIJEMPUT MENYERTAI PROGRAM INI

** SEMUA PESERTA DI GALAKKAN MEMAKAI PAKAIAN SUKAN (MENUTUP AURAT) DAN MEMPUNYAI STATUS KESIHATAN YANG BAIK **

*** HADIAH MISTERI MENANTI ANDA ***

BERSENAMLAH UNTUK KESIHATAN ANDA