28.11.09

Majlis Korban Aidil Adha & Hari Keluarga


Dihari raya kedua Aidil Adha pada Sabtu 28 Nov 09 telah diadakan Majlis Korban di Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris. Sebanyak 9 ekor lembu telah di korbankan.

Ahli Parlimen Sungai Petani Dato' Johari Abdul turut serta.

Sekitar aktiviti di Majlis Hari Keluarga

Disebelah malam telah diadakan Hari Keluarga dan juga Majlis Penyampaian Hadiah kepada pelajar TASKI dan KAFA. Berbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan Azan, Doa, Hafazan dan mewarna. Juga diadakan pertandingan menyucuk satay untuk dewasa. Persembahan kompang dan nasyid dari putera puteri taman juga telah menyerikan lagi majlis tersebut

Persembahan Nasyid

27.11.09

Di pagi Aidil Adha


SELAMAT HARI RAYA
AIDIL ADHA
KEPADA SEMUA PENDUDUK TAMAN SERI JENARIS

Dari:

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa
PPTSJ & Surau Al-Hidayah


23.11.09

Program Kem Cuti Sekolah

Seramai 102 peserta telah mengikuti program ini terdiri dari 49 orang peserta perempuan dan 53 orang peserta lelaki. Program telah dapat di jalankan seperti yang di rancang.
Lihat Koleksi Photo disini (Klik)

Penambahan Bangunan Surau

Alhamdulillah.. penambahan bangunan surau kita telah siap.. dan hanya memerlukan sedikit lagi dana unutk menambah siling. Kepada sessiapa yang berhajat untuk menghulurkan sumbangan bolehlah berhubung terus kepada pengerusi Ustaz Md Khir. Bila siap sepenuhnya nanti tempat itu akan di jadikan Kelas KAFA, yang mana sekarang murid belajar didalam surau.

BERSAMA KITA MENYUMBANG UNTUK BEKALAN DI AKHIRAT

18.11.09

KEM CUTI SEKOLAH

MANAFAATKAN CUTI ANAK-ANAK ANDA DENGAN MENYERTAI
KEM CUTI SEKOLAH.
Terbuka kepada semua pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Tarikh: 21 - 24 Nov 2009 Sabtu hingga Selasa (08.00 pagi - 12.00 tengahari)
Tempat: Surau Al-Hidayah, Taman Seri Jenaris, Tikam Batu.

Pengisian Program:
  • Memantapkan Asas Bacaan Al-Quran
  • Meningkatkan Penguasaan Tajwid
  • Hafazan Surah-Surah Al-Quran
  • Menggunakan Teknik Al-Baghdadi
  • Bacaan Surah dan Doa
  • Fardu Ain, Ahlak Mulia & Jatidiri
  • Sesi Motivasi dan Ketuk Minda
Menggunakan ICT, Jamuan ringan, Sijil dan Fasilitator Berkesan

Hanya RM25.00 sahaja seorang.

Untuk Pendaftaran Hubungi Perunding Motivasi Al-Hidayah: 04-4386344 / 012-4570300

8.11.09

Program Hari Raya Korban

Pada hari raya korban nanti kita akan menjalankan beberapa program bertempat di perkarangan Surau Al-HIdayah Taman Seri Jenaris

Jumaat 27/11/09 (Raya pertama)
1. Takbir Raya
2. Sembahyang Sunat Raya
3. Tahlil
4. Jamuan Ringan

Sabtu 28/11/09 (Raya kedua - Bermula jam 08.00 pagi hingga 12.00 malam))
1. Majlis Aqikah dan korban: Sebanyak 7 ekor lembu akan di korbankan.
2. Majlis Intifal untuk anak-anak TASKI dan KAFA Taman Seri Jenaris: Penyampai sijil
3. Persembahan dari anak-anak: Nasyid, perujian Al-Quran, Tahfiz dan Azan.
4. Pertandingan melukis dan mewarna.
5. Jamuan Raya.

Kepada anak-anak yang ingin menyertai pertandingan, boleh berhubung dengan Urusetia Majlis atau Setiausaha PPTSJ (En Adnan).

Kepada semua penduduk sila ambil perhatian dan datanglah beramai-ramai pada hari raya korban nanti ke Surau Al-Hidayah bagi menjayakan semua program yang telah di atur. Kerjasama semua penduduk amat di harapkan dan dihargai.

*** Kepada individu yang ingin menyumbang untuk Jamuan Raya (Barangan @ Wang) boleh berhubung dengan Pengerusi PPTSJ (Ust Md Khir)
Bersatu Teguh, Bercerai Roboh

25.10.09

Penambahan bangunan Surau A-Hidayah

Alhamdulillah.. dengan wang derma persaorangan dan koporat melalui Dana Pembangunan & Pendidikan yang telah dilancarkan pada bulan Ramadhan lalu pihak Surau Al-Hidayah telah dapat memulakan penambahan bangunan surau untuk kegunaan Kelas Kafa dan pejabat. Kos penambahan bangunan sebanyak RM17,000.00. Kos tambahan masih di perlukan untuk menambah siling, pendawaian elektrik dan kipas. Pihak kami mengalu-alukan dan sangat berharap kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan berbentuk wang atau bahan binaan untuk melengkapkan bangunan tersebut. Penyumbang bolih berhubung terus kepada Pengerusi (Ust Md Khir). Tidak lupa juga di ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang, semuga ALLAH membalas diatas sumbangan tuan puan itu.. Amin.

Katering di Majlis perkahwinan Nur Hafizah & Noraizam

Hari ini 25 Oct 2009 telah diadakan Majlis perkahwinan Nur Hafizah & Noraizam di Dewan Serbaguna Tikam Batu. Al-Hidayah Katering dan PPTSJ bersama sekali lagi di amanahkan untuk penyediaan makanan dan bentara bagi majlis tersebut. Semuga pasangan pengantin akan kekal bahagia sehingga keakhir hayat. Amin...

22.10.09

Kursus Pertanian ke 2

Petang tadi Khamis 22 Oct 2009, sekali lagi diadakan Kursus Pertanian di perkarangan Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris. Kali ini peserta belajar untuk menanam sayuran seperti lada di dalam polybag. Campuran adalah seperti berikut: 3 bahagian tanah (topsoil), 2 bahagian baja tahi ayam dan 1 bahagian pasir. Semua bahan dicampur rata (digaul) kemudian masukkan kedalam polybag.. barulah ditanam benih lada yang berumur 2-3 minggu.
Terima kasih kepada En Abdul Halim dari Pejabat Pertanian Sungai Petani yang telah meluangkan masa beliau untuk memberikan tunjuk ajar kepada peserta. Semuga dengan kursus ini, ramailah penduduk taman ini menanam sayuran sendiri di rumah masing-masing.

Lihat Photo di sini

17.10.09

Jamuan Hari Raya Parlimen Sungai Petani

Petang tadi telah di adakan Jamuan Hari Raya Ahli Parlimen Sungai Petani di Dewan Serbaguna Tikam Batu. Al-Hidayah Katering Taman Seri Jenaris telah di amanahkan untuk menyediakan makanan rendang ayam bersama lemang, bubur pulut hitam, bubur kacang, teh tarik, air sirap dan kacang kuda bersambal. Bermacam-macam gerai makanan lain juga di sediakan untuk tetamu yang hadir. Terima kasih kepada YB Dato' Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani.
Koleksi Photo disini

6.10.09

Katering di Balai Polis Tikam Batu

Hari ini Al-Hidayah Katering telah diamanahkan untuk menyediakan makanan di jamuan hariraya di Balai Polis Tikam Batu. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan terima kasih kepada pihak balai diatas sokongan yang di beri. Untuk sesiapa yang memerlukan sajian dan khemah untuk majlis apa jua, boleh lah membuat tempahan dari Al-Hidayah Katering, Taman Seri Jenaris Tikam Batu.

24.9.09

Selamat Hari Raya

PENGERUSI DAN JAWATANKUASA PERSATUAN PENDUDUK & SURAU AL-HIDAYAH TAMAN SERI JENARIS, MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF DZAHIR BATHIN KEPADA SEMUA.

26.8.09

Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan

Petang tadi telah di adakan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan sempena Ramadhan kepada penduduk Taman Seri Jenaris yang layak seperti warga tua dan ibu tunggal. Program kali ini di namakan 'Santuni Rakyat' yang di anjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris dengan kerjasama MKK Taman Sri Jenaris. Seramai 15 orang telah menerima sumbangan dan telah di sampaikan oleh Wakil ADUN Pantai Merdeka.
Koleksi Photo disini.

22.8.09

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Bagi pihak Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa PPTSJ/Surau Al-Hidayah sekeluarga ingin memohan maaf atas segala kesalahan & kekurangan yg berlaku. Mudah-mudahan Ibadah kita akan sentiasa di berkati Allah SWT.
Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

18.8.09

Kupon Dana Pendidikan dan Pembangunan Surau Al-Hidayah

Sempena Ramadhan bulan yang mulia ini, pihak kami telah melancarkan Kupon Dana Pendidikan dan Pembangunan Surau Al-Hidayah. Bertujuan untuk memberi peluang kepada sesiapa jua menghulurkan sumbangan dan menambah saham akhirat. Segala sumbangan akan dipergunakan untuk Pendidikan anak-anak Taman Seri Jenaris dan Pembangunan Surau Al-Hidayah. Sesungguhnya segala amal jariah kita inilah yang akan mengiringi kita ke akhirat nanti.

12.8.09

Al-Hidayah Catering

AL-HIDAYAH CATERING
Kami menerima tempahan:
Majlis Perkahwinan, Kenduri Kesyukuran, Majlis Keraian dan sebarang jamuan.
Kelengkapan: Kerusi & Meja, Khemah, Pinggan & Mangkuk.

Harga berpatutan dan boleh dirunding.. Hubungi:
Sdr Shoid - 019-5783342
Sdr Bukri - 019-4574171
Sdr Adnan - 012-4570300

"SUCI LAGI BERKAT"

8.8.09

Kejohanan Bola Sepak Taman Seri Jenaris

Team Jenaris FC & Pokok Nyior ke perlawanan akhir
Hari ini 08 Ogos 2009 satu lagi Program telah diadakan di Taman Seri Jenaris Tikam Batu, iaitu Kejohanan Bola Sepak 5 Sebelah yang diadakan di Padang Permainan Taman. Sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian temasuk pasukan di bawah 12 tahun dan dewasa. Pertandingan secara liga ini telah bermula seawal 09.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang. Tujuan atau objektif pertandingan ini adalah unutk mengeratkan siratulrahim diantara penduduk remaja dan dewasa Taman ini di samping mencungkil bakat-bakat baru bagi mewakili Seri Jenaris FC nanti.
Pemain Terbaik Kategori Terbuka Nazrul Izham
Pemain Terbaik Ketogori Remaja Adik Nasarudin
Keputusan pertandingan :

Terbuka :
Johan - Jenaris FC
Naib Johan - Pokok Nyior FC
Ketiga - Figos FC
Pemain Terbaik : Nazrul Izham B. Ibrahim

Bawah 12 Tahun :
Johan - Anak Jati FC
Naib Johan - Cheetah Kit Fc
Ketiga - New boys Republic
Pemain Terbaik : Adik Nasarudin Bin Sabarzri

Setinggi tahniah dan penghargaan kepada ketua Biro Sukan dan Rekeriasi Sdr Ahmad Zulkifli Bin Hj Ali dan semua AJK program yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan kejohanan ini dengan cermerlangnya.

Koleksi Photo disini

7.8.09

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

Pengerusi dan Ahli Panel Ceramah Perdana

Tuan Haji Hassan (Iman/Pengerusi Qariah Masjid Pulau Sepom) bersama Ustaz Mohd Khair (Pengerusi PPTSJ /Surau Al-Hidayah)

Malam tadi telah diadakan Program Forum Perdana Ehwal Islam seperti yang telah dirancangkan. Alhamdulillah.. Forum Perdana yang membawa tajuk "Penghayatan Israk & Mikraj - Peristiwa Besar Panduan Ummah" telah menarik begitu ramai penduduk Taman Seri Jenaris dan penduduk sekitar untuk hadir. Barisan Ahli panel terdiri dari Dato' Ustaz Syeikh Fadzil B Awang dan Ustaz Mohd Isa B Abdul Rahman, manakala di pengerusikan oleh Ustaz Hamzah B Abdullah.

Semuga kepada yang hadir telah dapat meningkatkan ilmu dan pengetahuan, agar mencapai objektif program kita ini iaitu:
- Mempertingkat dan memperkukuhkan keimanan, membina jati diri yang mantap kearah melahirkan semua lapisan manusia yang takut dan bertakwa kepada Allah SWT.
- Mendekatkan semua lapisan manusia kearah mencintai ilmu keagamaan.
- Melahirkan sebagai seorang hamba Allah yang teguh keimanan dalam menghadapi tugas-tugas dan cabaran yang mendatang di dunia globalisasi masa kini.

Setinggi Penghargaan kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Program dan semua pihak serta individu yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan program ini. Segala sumbangan dan kelapangan masa & tenaga yang tuan puan berikan Allah SWT yang akan memberi ganjaranNya.. InsyaAllah.

Diantara penduduk yang hadir..
Koleksi Photo disini

5.8.09

Latihan Kompang

Anak-anak remaja Taman Seri Jenaris sedang Berlatih kompang untuk persembahan semasa Forum Perdana nanti. Terimah kasih kapada tenaga pengajar iaitu En. Hassan.