
Program Motivasi bertajuk "Remaja Harapan Ibu Bapa" telah diadakan pada 23 Nov 20011 di Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris, Tikam Batu. Program dianjurkan oleh AJK Surau Al-Hidayah dengan kerjasama MKK.

Program sehari secara percuma ini telah menjemput penceramah dan rakan-rakan jemaah beliau yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur iaitu Al-Fadzil Ustaz Rosemanizam Bin Al-Jebri . Beliau merupakan Perunding Pakar Motivasi. Harapan pihak penganjur agar dengan adanya program seperti ini setiap kali cuti persekolahan, dapatlah memberikan motivasi kepada anak-anak di Taman Seri Jenaris ini agar dapat lebih mendekatkan diri kepada Allah dan menghormati ibubapa disamping menambahkan ilmu untuk bekalan didunia dan lebih lagi di akhirat kelak.

Dimalam nya pun diadakan sesie motvasi kepda ibu dan bapa, yang telah disampaikan oleh Al-Fadzil Ustaz Saiful Anuar Nasution dengan tajuk 'Mendidik Anak Cara Rasullullah'.
Koleksi Photo disini.