
30.8.11
Selamat Hari Raya Eidil Fitri

29.8.11
Majlis sumbangan Hari Raya
Kelmarin pada 28 Ramadhan telah diadakan Majlis Sumbangan Hari Raya di Surau Al-Hidayah, Taman Seri Jenaris. Majlis telah di sempurnakan oleh YB Datok Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani). Sumbangan di berikan kepada ibu tunggal, guru Al-Quran, guru KAFA dan guru TASKI. Juga saguhati kepada adik-adik yang mengikuti program Tadarus sepanjang Ramadhan ini.
Koleksi Photo disini
19.8.11
Mohon Sumbangan Dana Pembangunan
Surau Al –Hidayah
Persatuan Penduduk
Taman Seri Jenaris
08600 Tikam Batu ,Kedah
Ruj. Kami : SAH / PPTSJ / 1432H / ( 02 )
Tarikh : 01 Ramadhan 1432 H / 01 Ogos 2011
Tel No. 012-4570300 / 019-4574171
Assalamua’laikum w.b.t
Yang Berbahagia Dato’/ Datin, Tuan / Puan,
………………………………….
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK DANA PEMBAGUNAN DAN PENDIDIKAN BAGI SURAU AL – HIDAYAH TAMAN SERI JENARIS.
Dengan segala hormat dan sukacitanya , saya merujuk kepada perkara di atas.Mudah – mudahan di berkati dan dirahmati Allah swt sempena di bulan Ramadhan Al – Mubarak ini.
2. Surau Al – Hidayah Taman Seri Jenaris mula di bina pada tahun 2002 hasil dari pengorbanan dan sumbangan penduduk dengan inisiatif Persatuan Penduduk (PPTSJ ) beserta pemaju perumahan.
3. Sumbangan derma surau telah ditetapkan pada kadar RM 24.00 setahun bagi setiap sebuah keluarga , namun begitu biasanya kutipan tidak mendapat sepenuhnya. Sumbangan individu dan hasil aktiviti PPTSJ / SURAU menambah pendapatan untuk membiayai segala aktiviti di surau ini.
4. Sehubungan dengan itu kami bagi pihak surau Al – Hidayah / PPTSJ dengan rendah diri memohon jasa baik Dato’ / Datin, Tuan / Puan untuk memberi sedikit sumbangan untuk kami menjayakan program dan perancangan yang sedang dan akan di jalan seperti berikut :
4.1 Kelas Pengajian & Pendidikan ( sedang di jalankan )
4.2 Kuliah & Ceramah bagi setiap bulan
4.3 Kelas Fardhu Ain dan KAFA ( Umur 7 tahun – 12 tahun )
( gaji guru di biayai oleh surau sendiri )
4.4 TASKI Al –Barakah (cawangan TSJ )
( gaji guru di biayai oleh PPTSJ sendiri )
4.5 Pembinaan Bangunan Tambahan di Surau Al –Hidayah TSJ ( Perancangan )
(Anggaran kos Perbelanjaan RM 20,000.00)
6. Moga – moga sumbangan ikhlas dari pihak Dato / Datin , Tuan / Puan mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah swt sempena di bulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah.
Wasallam.
Bukri Bin Khalid
Pengerusi
Surau Al-Hidayah & Persatuan Penduduk (PPTSJ )
Taman Seri Jenaris, Tikam Batu,
Pembinaan Balai Lintang di Suaru Al-Hidayah

Kerja pembinaan sedang dijalankan.

Koleksi Photo disini