26.7.09

FORUM PERDANA

Surau Al-Hidayah dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris Tikam Batu dan MKK (Taman Merbau, Taman Rhu dan Taman Seri Pinang) akan menganjurkan Forum Perdana Elwal Islam.

Tarikh : 06 Ogos 2009 Bersamaan 15 Syaaban (Hari Khamis)
Masa : 09.00 malam
Tempat : Perkarangan Surau Al-Hidayah
Taman Seri Jenaris,
Tikam Batu


Tajuk Forum
Penghayatan Israk Mikraj
Ahli Panel
Dato' Hj Fadzil Bin Hj Awang
(Ahli Majls Fatwa Negeri Kedah)
Ustaz Mohd Isa Bin Abd Rahman
(Penceramah Radio Kedah FM)
Pengerusi
Ustaz Hamzah Bin Abdullah

Semua penduduk Taman Seri Jenaris dan sekitar di minta hadir beramai-ramai.

SABDA RASULULLAH SAW
Barang siapa yang berilmu hendaklah dia mengajar akan ilmu itu dan barang siapa yang tidak berilmu hendaklah dia belajar mencari ilmu.

18.7.09

Gotong Royong Perdana


Pagi tadi telah diadakan gotong royong perdana seperti yang telah dirancang dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris dan MPSP. Bermula jam 09.00 pagi semua yang terlibat telah berkerjasama membersihkan jalan-jalan utama dan lorong-lorong di Taman Seri Jenaris.Disamping itu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya juga telah membuka kaunter pendaftaran yang di kendalikan oleh pegawai yang datang dari Alor Setar untuk memudahkan penduduk membuat pendaftaran baru dan bertukar kawasan pilihanraya mengikut alamat di kad pengenalan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat, mudah-mudahan dengan usaha kita ini taman kita akan sentiasa bersih dan cantik sehinggakan taman ini boleh menjadi taman contoh di kawasan Kuala Muda ini.

Pertandingan Bola Sepak 5 Sebelah

Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris akan menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 5 sebelah. Tebuka kepada semua penduduk Taman Seri Jenaris sahaja.

Tarikh : 08 Ogos 2009
Masa : 09.00 pagi
Tempat : Padang Permainan Taman Seri Jenaris
Kategori : Bawah 12 Tahun dan campuran atas 12 tahun / dewasa
Hadiah : Wang Tunai dan piala serta sijil penyertaan

Hubungi En Zulkifli Hj Ali (Tel: 017-5871643 untuk pendaftaran.

"Majulah Sukan Untuk Taman Seri Jenaris"

10.7.09

Berita Dari Sinar Harian

Penduduk mohon pindah lokasi ‘fun fair’

TIKAM BATU - Penduduk di sekitar kawasan ini meminta pihak bertanggungjawab mengkaji semula pembukaan ‘fun fair’ yang baru beroperasi seminggu lepas di jalan utama Tikam Batu – Sungai Petani berhampiran dengan Taman Rhu memandangkan kawasan tersebut tidak sesuai dijadikan lokasi taman permainan itu.

Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Taman Rhu/ Taman Merbau/Taman Seri Jenaris, Syed Zakaria Othman berkata, lokasi ‘fun fair’ tersebut perlu dikaji semual memandangkan kawasan jalan utama berdekatan dengan tapak ‘fun fair’ adalah kawasan kemalangan maut.

Menurutnya, sejak seminggu ‘fun fair’ terbabit dibuka di situ, sebanyak empat kemalangan telah berlaku di kawasan itu dan keadaan ini telah menyebabkan ramai penduduk berhampiran telah membuat aduan kepadanya.

“Terbaru seorang anak kepada penduduk Taman Seri Jenaris terlibat dalam kemalangan jalan raya dan menyebabkan cedera parah apabila tulang paha kanannya patah.

“Kedudukan ‘fun fair’ terbabit di kawasan kemalangan memburukkan lagi keadaan apabila pengunjung ‘fun fair’ yang kerap keluar masuk dari situ ke jalan utama yang mendatangkan bahaya dan mungkin akan meningkatkan lagi kes kemalangan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian ketika menyampaikan sumbangan hamper kepada Mohd Shameel.

Dalam perkembangan lain, ibu kepada mangsa kemalangan itu, Nolia Hanafi berkata, dia berharap agar pihak bertanggungjawab segera mengkaji semula lokasi ‘fun fair’ itu agar kemalangan yang menimpa anaknya tidak berlaku kepada orang lain.

Menurutnya, anaknya, Mohd Shameel Ahmad Bakhir, 13, terbabit dalam kemalangan apabila dilanggar kereta di hadapan ‘fun fair’ terbabit seminggu lepas ketika anaknya berbasikal di kawasan terbabit.

“Anak saya mendapat kecederaan serius apabila tulang paha kanannya telah patah dan dikejarkan Hospital Kepala Batas sebelum mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

“Kini dua hari sekali saya membawanya ke Klinik Kesihatan Kota Kuala Muda untuk mendapatkan rawatan lanjut dan mencuci lukanya,” katanya.

Justeru, Nolia berharap agar ‘fun fair’ berkenaan segera dipindahkan ke kawasan lain yang tidak mendatangkan bahaya sebelum ada kemalangan jiwa berlaku di kawasan terbabit.

5.7.09

Gotong Royong Perdana

Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris dengan kerjasama MKK dan MPSP akan mengadakan:

  • Gotong royong perdana
  • Kempen tukar alamat kad pengenalan beralamat di Taman Seri Jenaris
  • Pendaftaran bersama Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)

Tarikh: 18 Jul 2009
Hari: Sabtu
Masa: 08.00 pagi hingga 02.00 petang
Tempat: Perkarangan Surau Al-Hidayah, Taman Seri Jenaris

Jamuan ringan di sediakan

Semua Penduduk Di Jemput Hadir