1.6.09

Kem Solat, Tahfiz dan Motivasi Remaja 2009

Kem Solat, Tahfiz dan Motivasi Remaja 2009 telah berjaya dilaksana serperti yang di rancang. Selama tiga hari bermula dari 30 Mei hingga 01 Jun 2009 seramai 60 anak-anak yang menyertai kem ini telah di didik cara2 solat yang betul, hafalan ayat-ayat AlQuran dan juga di beri motivasi dengan satu tujuan, agar menjadi anak-anak yang Soleh dan Solehah. Kem solat telah dikendalikan oleh seramai 8 orang Ustaz /Ustazah dan Motivator yang telah menyampaikan Tazkirah, Ceramah dan Hafazan AlQuran. Di harapkan anak-anak semua telah dapat menjana ilmu, meningkatkan Akhlak dan Ibadat serta berdaya juang dan bersemangat waja di hari-hari yang mendatang.Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Ketua MKK Sdr Syed Zakaria bin Othman. Terimah kasih kepada tenaga pengajar Ustaz Abu Hassan, Ustaz Wafi, Ustaz Amin, Ustaz Nasuha, Ustaz Arfan dan Ustazah-Ustazah yang telah memberi ilmu dan nasihat kepada peserta semua. Tidak lupa juga ribuan terima kaseh kepada Pengerusi PPTSJ/Surau AlHidayah Ustaz Mohd Khir, Ketua Biro Remaja Sdr Abdul Rahim, Cikgu Salahudin Bin Noh dan semua AJK PPTSJ yang telah berusaha untuk menjayakan kem ini.