23.4.09

Kecurian di Taman Seri Jenaris

Pagi tadi terlihatlah kereta jiran duk tertenggek atas batu bata... dah agak dah... mesti ada malaun rembat sport rim ni. Bila tuan rumah keluar dia terkejut... memang sah kena rembat malam tadi. Kejadian diantara pukul 4.00 higga 6.00 pagi agaknya.











Nampaknya pencuri & penyamun dah mula beroperasi kat taman kita ni. Bulan lepas berpuluh besi penutup saluran tandas yang hilang. Apa tindakan kita?. Saya mengesyorkan kita adakan semula Sekim Rondaan Sukarela seperti dulu...... dah lama terhenti ni. Harapan agar penduduk taman berhati-hati dan bekerjasama dalam membenteras gejala kecurian ni. Kita mulakan semula Sekim Rondaan Sukarela tu... setuju.

20.4.09

Jawatan Kosong - Tetap dan Berkekalan

Temuduga Sebagai : Calon Jenazah

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Terima kasih warismegat (Detikdaily Forum)

18.4.09

Katering di sekolah St Mark


Hari ini Al-hidayah Katering ada tempahan di sekolah St Mark. Ini kali ke 4 Al-Hidayah Katering mendapat tempahan dari sekolah ni.. Terima kaseh kepada pihak sekolah diatas sokongan yang di beri. Untuk sesiapa yang memerlukan sajian untuk majlis apa jua, boleh lah membuat tempahan dari Al-Hidayah Katering, Taman Seri Jenaris Tikam Batu.


Sempat juga En Adnan 'bertazkirah' sementara tunggu jamuan selesai...

5.4.09

Kursus Pertanian


Hari ini juga jam 2.30 petang tadi telah diadakan Kursus Pertanian di Surau Taman Seri Jenaris. Taklimat telah disampaikan oleh En Abdul Halim Bin Ahmad dari Jabatan Pertanian Sungai Petani. Seramai 25 orang telah menyertai kursus tersebut. Adalah diharapkan agar peserta kursus telah dapat maklumat dan pelajaran didalam penanaman sayuran di sekeliling rumah kita atau di sekitar taman ini.

Koleksi Photo di Galeri 2

Kursus Pengurusan Jenazah (Muslimat)


Pagi tadi 05/04/09 Ahad, telah diadakan kursus pengurusan jenazah khas untuk muslimat di Surau Taman Seri Jenaris. Seramai 22 orang muslimat telah menyertai kursus tersebut. Kursus merangkumi cara-cara memandikan dan mengkapankan jenazah secara praktikal. Kursus telah dikendalikan oleh Ustazah Badariah (Kak Yom).



Koleksi photo di Galeri 1