28.12.08

Sekitar Ekpedisi mendaki Bukit Jenaris


Pagi tadi satu lagi program Ekpedisi mendaki Bukit Jenaris (Bukit Berut) berjaya terlaksana berkat kerjasama penduduk Taman Seri Jenaris dan AADK Kuala Muda. Bermula jam 8.00 pagi setelah semua peserta bersarapan, diadakan senaman ringan memanaskan badan yang di ketuai oleh En Shahidan. Seterusnya peserta (lebih 150 orang) memulakan pendakian, ada 10 peserta tidak dapat meneruskan pendakian akibat dari kekejangan otot dan sebagainya. Walau bagaimana pun peserta selebihnya telah dapat menamatkan pendakian ini termasuk warga tua yang berumur 72 tahun dan kanak-kanak baru berumur 4 tahun.

Syabas kepada yang berjaya.

**Koleksi Photo di sini

24.12.08

Survival II - Mendaki Bukit Jenaris

SURVIVAL II - MENDAKI BUKIT JENARIS
TAMAN SERI JENARIS

ANJURAN PPTSJ BERSAMA AADK DAERAH KUALA MUDA DAN MEDIA

PADA: 28 DEC 2008
MASA: 0715 PAGI
TEMPAT : TAMAN SERI JENARIS, TIKAM BATU

TENTITIF PROGRAM:
0715 pagi - Ketibaan peserta / Sarapan pagi
0740 pagi - Taklimat / Bacaan Doa Selamat
0800 pagi - Sessi senaman (Warm-up / Senaman Harimau)
  • Mendaki bukit
  • Rehat / Tazkirah
  • Menurun bukit
  • Penyampaian hadiah misteri
  • Ucapan oleh wakil AADK / Media
  • Ucapan penutup oleh Pengerusi PPTSJ
1200 t/hari -Jamuan makan (Rebung Masak Lemak / Asam Pedas Terubuk)

SEMUA PENDUDUK LELAKI DAN PEREMPUAN BERUMUR 12 HINGGA 56 TAHUN DIJEMPUT MENYERTAI PROGRAM INI

** SEMUA PESERTA DI GALAKKAN MEMAKAI PAKAIAN SUKAN (MENUTUP AURAT) DAN MEMPUNYAI STATUS KESIHATAN YANG BAIK **

*** HADIAH MISTERI MENANTI ANDA ***

BERSENAMLAH UNTUK KESIHATAN ANDA

22.12.08

Ekpedisi ke Cameron Highland


Pada 20-21 December 2008 Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris telah mengadakan ekpedisi ke Cameron Higland. Dalam perjalanan, singgah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Taklimat telah di sampaikan oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim (Pengarah Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Perak). Ahli rombongan juga telah di hidangkan dengan jamuan makan tengahari.
Jam 2.00 ptg setelah selesai Solat Dzohor peserta bertolak ke Cameron Highland menuju ketempat penginapan di Berincang. Sebelah malam nya telah diadakan BBQ. Keesokan harinya telah diadakan lawatan ke MARDI Tanah Rata. Seterus nya rombongan berhenti di Tringkap untuk memberi peluang peserta xpdc membelibelah seperti sayur-sayuran segar, teh dan sebagainya.
Jam 4 ptg rombongan bertolak pulang ke Sungai Petani. Singgah di R&R Sungai Perak untuk makan dan Solat Mahgrib. Rombongan yang disertai seramai 130 org (2 bas, 2 Avanza dan 1 Kelisa) telah selamat sampai pada jam 09.45 malam.


**Koleksi photo disini

11.12.08

MAJLIS INTIFAL 2008

Hari ini 11/12/08 telah diadakan majlis Intifal 2008 untuk Kelas Taski dan Kelas KAFA. Majlis bermula dari jam 06.00 petang sehinggalah jam 10.30 mlm bertempat di Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris. Y.B HJ. Abdulah Bin Jusoh EXCO Pendidikan, Komunikasi & ICT merangkap ADUN Pantai Merdeka telah merasmikan majlis tersebut. Di majlis tersebut kanak-kanak dari Taski dan KAFA telah mempersembahan Sajak, bacaan Al-Quran dan juga nasyid. Pemberian hadiah dan anugerah juga telah diadakan untuk pelajar TASKI dan KAFA yang cemerlang.


TASKI AL-BARAKAH {Cawangan Taman Seri Jenaris}
ANUGERAH PELAJAR CERMERLANG 5 TAHUN
ANUGERAH EMAS - NORAFIQAH SYAMSINA BT SYAMSUL FAZLI
ANUGERAH PERAK- MUHD IQMAL SHAUQI BIN MOHD SOBRI
ANUGERAH GANGSA - MUHD NAJMI BIN MOHD KHIR AZHARI

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 6 TAHUN
ANUGERAH EMA
S - NUR AIDA BT ADNAN
ANUGERAH PERAK - MUHD AIMAN HAFIZ B. SABARUDDIN
ANUGERAH GANGSA - NURUL ANIS SHAHIRA BT RASHIDI

10.12.08

Majlis Korban Aidil Adha


Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua penduduk Taman Seri Jenaris. Tahun ni Surau Al-Hidayah telah menjalankan ibadah korban dengan jaya nya.. ini semua diatas kerjasama semua penduduk yang telah juga berkorban tenaga dan masa dalam menjayakan majlis ini. Sebanyak 5 ekor lembu telah di korbankan pada hari raya pertama dan seekor lagi pada hari Khamis ini. Daging-daging telah di agihkan kepada penduduk taman dan juga penduduk sekitar Tikam Batu yang layak menerimanya. Diatas komitment yang diberikan olih penduduk taman ini, kemungkinan pada tahun hadapan lebih ramai lagi yang akan menyertai ibadat korban ini. InsyaAllah.

** Koleksi Photo di sini

4.12.08

Dari akbar Sinar Harian

Co-Dependency beri pendedahan bahaya dadah

TIKAM BATU - Dengan matlamat membendung masyarakat daripada terus hanyut dalam najis dadah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda menganjurkan satu program yang diberi nama Co-Dependency untuk penduduk di Taman Seri Jenaris.

Penolong Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Siti Sarah Abd Wahab berkata, pendedahan mengenai bahaya najis dadah ini perlu dilakukan secara ‘bertemu muka’ dengan masyarakat agar segala mesej bahaya dadah dapat disalurkan dengan jelas dan tepat.

“Kita adakan Co-Dependency ini adalah untuk menyebarkan maklumat dadah dan perkara yang berkaitan dengannya kepada masyarakat dengan ceramah yang diadakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Siti Sarah berkata, tanggungjawab untuk membendung masalah penagihan dadah ini perlu dilakukan bersama-sama secara berganding bahu antara AADK dan pihak bertanggungjawab lain dengan masyarakat, penagih dadah dan keluarga penagih dadah.

“Ia merupakan satu tanggungjawab besar. Kita hanya dapat membendung gejala ini dengan hanya bekerjasama tanpa mengharapkan sebelah pihak sahaja,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati seramai 50 penduduk di taman ini turut disajikan dengan ceramah yang disampaikan penceramah jemputan seperti Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Syed Hamid Albar, Wan Zahari Hasan.

Turut diadakan, ceramah istimewa yang disampaikan bekas penagih dadah sendiri, Nasir Mohamad yang berkongsi pengalamannya hidupnya mengenai najis dadah dengan penduduk.

Siti Sarah berharap pendekatan yang dibawa AADK ini dapat merealisasikan matlamat mereka untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada bahaya penagihan dadah.

1.12.08

Program Co-Dafendency bersama AADK

Program Co-Defendency bersama AADK Kuala Muda telah berjaya diadakan di Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris pada hari Ahad 30 Nov 2008. Seramai lebih 30 orang penduduk di taman ini menyertai program ini. Ceramah telah di sampaikan olih Tuan Ir. Zahari, En. Nasir Mohamad dan juga En. Samsuri dari AADK.

Tuan Ir Zahari sedang memberi ceramah.


" Kami Penduduk Taman Seri Jenaris Benci Dadah"