22.9.08

Sumbangan Hari Raya untuk Ibu Tunggal dan Anak Yatim


Malam tadi selepas Solat Terawih telah diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal dan anak yatim terdiri dari penduduk Taman Seri Jenaris. Majlis telah disempurnakan oleh YB Haji Abdullah(Adun Pantai Merdeka). Sumbangan dari PPTSJ dengan kerjasama Pusat Komuniti Taman Seri Jenaris, ADUN Pantai Merdeka dan Parlimen Sungai Petani merupakan barang makanan dan kain. Seramai 16 orang telah menerima sumbangan tersebut. Semuga semua penerima akan dapat merasai nikmat berhari raya seperti lain-lain penduduk di taman ini.
PPTSJ mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah menyumbang untuk majlis ini.

8.9.08

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK DANA PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN

Surau Al –Hidayah
Persatuan Penduduk
Taman Seri Jenaris
08600 Tikam Batu ,Kedah

Ruj. Kami : SAH / PPTSJ / 1429 H / ( 39 )
Tarikh : 01 Ramadhan 1429 H / 01 Sept 2008

Tel No. 04-4386344

Assalamua’laikum w.b.t

Yang Berbahagia Dato’/ Datin, Tuan / Puan,
………………………………….

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK DANA PEMBAGUNAN DAN PENDIDIKAN BAGI SURAU AL – HIDAYAH TAMAN SERI JENARIS.

Dengan segala hormat dan sukacitanya , saya merujuk kepada perkara di atas.Mudah – mudahan di berkati dan dirahmati Allah swt sempena di bulan Ramadhan Al – Mubarak ini.

2. Surau Al – Hidayah Taman Seri Jenaris mula di bina pada tahun 2002 hasil dari pengorbanan dan sumbangan penduduk dengan inisiatif Persatuan Penduduk (PPTSJ ) beserta pemaju perumahan.

3. Sumbangan derma surau telah ditetapkan pada kadar RM 24.00 bagi setiap sebuah keluarga , namun begitu biasanya kutipan tidak mendapat sepenuhnya. Sumbangan individu dan hasil aktiviti PPTSJ / SURAU menambah pendapatan untuk membiayai segala aktiviti di surau ini.

4. Sehubungan dengan itu kami bagi pihak surau Al – Hidayah / PPTSJ dengan rendah diri memohon jasa baik Dato’ / Datin, Tuan / Puan untuk memberi sedikit sumbangan untuk kami menjayakan program dan perancangan yang telah di jalan dan rancang seperti berikut :

4.1 Kelas Pengajian & Pendidikan ( sedang di jalankan )
4.1.1 Kuliah & Ceramah bagi setiap bulan
4.1.2 Kelas Fardhu Ain dan KAFA ( Umur 7 tahun – 12 tahun )
( gaji guru di biayai oleh surau sendiri )
4.1.3 TASKI Al –Barakah (cawangan TSJ )
( gaji guru di biayai oleh PPTSJ sendiri )
4.2 Pembinaan Pejabat di Surau Al –Hidayah TSJ ( Perancangan )
4.2.1 Anggaran kos Perbelanjaan RM 10000.00
4.2.2 Kemudahan computer/ internet akan disediakan.

5. Segala sumbangan boleh di salurkan terus kepada Akaun Surau Al- Hidayah NO. 07043011015678 ( Bank Islam ) atau melalui tabungan yang disediakan dan kepada Pengerusi PPTSJ / SURAU seperti alamat di atas.

6. Moga – moga sumbangan ikhlas dari pihak Dato / Datin , Tuan / Puan mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah swt sempena di bulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah.


Mohd Khir Bin Abu
Pengerusi
Persatuan Penduduk (PPTSJ )
Taman Seri Jenaris, Tikam Batu,

Takaful Khairat Kematian 2008/2009

Adalah dimaklumkan bahawa tempoh perlindungan syarikat takaful Etiqa untuk sessi 2007/2008 akan tamat pada 16 Sept 2008.
Tuan/Puan diminta membuat bayaran pembaharuan atau pendaftran baru (RM20.00) sekiranya berminat untuk mendapat perlindungan Takaful bagi sessi 2008/2009
Sila hubungi En. Zulkkifli Zainudin di No.250 TSJ sebelum 12 Sept 2008.

2.9.08

Gerai Ramadhan


Gerai Ramadhan di Taman Seri Jenaris telah beroperasi bermula sejak hari pertama lagi. Kepada penduduk taman adalah di seru supaya membeli juadah untuk berbuka di gerai ini. Bantulah rakan-rakan kita yang berniaga di sana.
Kepada penduduk yang ingin menjalankan pernigaan di gerai Ramadhan, boleh lah berhubung dengan AJK PPTSJ atau AJK Pusat Komuniti Taman Seri Jenaris. Masih ada lagi kekosongan gerai.