18.3.12

Perasmian PASTI Al-Hasanah Tmn Seri Jenaris



Perasmian telah disempurnakan oleh: YB Hj Abdullah Bin Jusoh (ADUN Pantai Merdeka).

Objektif PASTI

Menyediakan proses pendidikan awal yang beroriantasikan systemPendidikan Islam kearah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.

Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.

Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah, akhlak dan cenderung melakukan makruf serta meninggalkan munkar.

Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran, doa dan zikir.

Memberi pengetahun kepada kanak-kanak asas bahasa, matematik dan komunikasi kearah kebolehan dan keupayaan membaca, mengira, munulis dan menghafal.

Visi
Melahirkan Insan Soleh Di Malaysia Melalui Pendidikan Pra Sekolah Sebagai Elemen Terpenting

Misi
Melahirkan KualitiPengajaran Dan Pembelajaran, Pengurusan Serta Kuantiti PASTI Di Malaysia Bagi Menjadikan PASTI Pilihan Utama Kepada Masyarakat Yang Cintakan Pendidikan Islam.

16.2.12

Ceramah Maulidur Rasul 1433H

Penceramah

Al Fadzil Ustaz Tuan Shiekh Hj. Ahmad Faisol Bin Hj Omar
(Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Jitra / Penceramah Radio 3 AlorSetar)

Tajuk
"Rasulullah SAW Pelita Hidup Ummah"

Tarikh:
19 Feb 2012 / 26 Rabiul Awal 1433H (Ahad)

Masa:
Jam 09.00 Malam (Selepas Solat Isyak)

Tempat:
Perkarangan Surau Al-Hidayah, Taman Seri Jenaris, Tikam Batu

Seluruh penduduk / penghuni Taman Seri Jenaris dijemput hadir.
""Ayuh kita hadir...tanda kita ummat Nabi Muhamad SAW"

5.2.12

Sambutan Maulidur Rasul 1433H

Sebahagian dari Kontenjen yg mengambil bahagian dalam perarakan


Bacaan Doa sebelum memulakan perarakan


Perarakan sedang melalui jalan di Taman Seri Jenaris


Ceramah Maulidur Rasul sedang di sampaikan oleh Ustaz Nasuha
Koleksi Photo disini

3.2.12

PERARAKAN SEMPENA HARI MAULIDUR RASUL 1433H

KEPADA SEMUA PENDUDUK / PENGHUNI TAMAN SERI JENARIS.

TARIKH: 05 FEBUARI 2012 (AHAD)
12 RABIULAWAL 1433H
MASA: 0800 PAGI

TENTATIF PROGRAM:
08.00 - KONTENJEN BERKUMPUL DI PERKARANGAN SURAU
08.15 - TAKLIMAT PERARAKAN
- BACAAAN DOA
- PERARAKAN BERMULA
09.00 - CERAMAH MAULIDUR RASUL
- JAMUAN MAKAN
-BERSURAI

Sehubungan dengan itu tuan puan, pelajar KAFA, PASTI, Tadika UMMI dan seluruh penduduk diminta mengambil bahagian dalam perarakan didalam Taman ini, Sumbangan wang dan lain-lain barangan untuk menjayakan majlis ini amat di alu-alukan. Semua sumbangan boleh disalurkan kepada Saudara Rashidi (Bendahari Surau) atau Saudara Bukri (Pengerusi Surau)

KEHADIRAN ANDA SEMUA, TANDA CINTA KEPADA RASULULLAH S.A.W.

"PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH"

2.1.12

PASTI Hasanah Taman Seri Jenaris

Mulai tahun 2012 Taman Seri Jenaris telah membuka PASTI untuk anak-anak yang berumur 4 - 6 tahun. Pendaftaran telah dibuka dan sesei persekolahan bermula pada 04 Januaari 2012.
Harapan PPTSJ agar ibubapa memberi sokongaan dengan menghantar anak-anak mereka ke PASTI yang baru di tubuhkan ini.Sedang bergotong royong untuk mencantikan PASTI