31.12.11

Trip Perkelahan di Lata Tebing Tinggi

Pada 31 Dec 2011, kami berkonvoi sebanyak 10 kereta ketempat perkelahan di Lata Tebing Tinggi, Selama, Perak. Ini lah aktiviti terakhir untuk tahun ini.

Persediaan tempat semasa sampai..Mandi manda di Lata... sejuk dan nyaman...
Solat berjemaah tidak dilupakan..


Koleksi Photo disini

23.12.11

Ceramah Perdana Ustaz Nur Salam

Ceramah Perdana telah diadakan di Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris malam tadi. Penceramah dijemput dari Lampong Indonesia iaitu Al-Fadzil Ustaz Nur Salam Al-Hafiz beserta dua orang penceramah cilik. Tajuk ceramah ' Mencari Kunci Syurga....'. Mudaha-mudahan hadirin semua dapat sidikit sebanyak ilmu untuk bekalan kita di dunia ini dan lebih lagi di akhirat kelak.
Ustaz Nur Salam Al-Hafiz bersama dua orang penceramah cilik.

Sebahagian hadirin yang hadir

Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari sedang menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Nur Salam

Alhamdulillah.. sambutan yang menggalakan.


Penceramah Cilik dari Lampong Indonesia

Koleksi photo disini.

17.12.11

Program Bersama AADK

Pada 17 Dec 2011 telah diadakan Program Bersama AADK di perkarangan Surau Al-Hidayaah Taman Seri Jenaris. Ceramah anti dadah telah disampaikan oleh pegawai AADK Sungai Petani. Piala Pusingan Pertandingan Carum sumbangan MKK

Ceramah disampaikan oleh Pegawai AADK

Seramai 100 orang telah mendaftar sebagai Rakan Anti Dadah (RADA). Di program ini juga diadakan pertandingan Carum bagi dewasa dan pertandingan Dam Haji bagi kanak2.
AADK membuat pameran dan pendaftaran RADAKaum Wanita membuat Bubur Asyura


2.12.11

Ceramah Maal Hijrah 1433H

Ceramah Maal Hijrah bertajuk 'Kemana kita nak berhijrah....' telah diadakan di surau Al-Hidayah pada 12 Dec 2011 jam 9 malam. Ceramah di sampaikan oleh Al-Fadzil Ustaz Hj.Hassan (Pakar Motvasi).
Alhamdulillah, sambutan dari anak remaja dan ibu bapa amat menggalakan
Selepas ceramah, jamuan makan disediakan.