30.1.11

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Noor Hafizah dan Mohd Daud, anak kepada Saudara Zakaria (MKK). Semuga kekal abadi berbahagia hingga keakhir hayat.Saudara Zakaria dan isterinya Puan Rozita
Penduduk bersama YB Datok Johari Abdul (MP Sungai Petani)Penduduk yang berusaha dan tetamu yang hadirMalam sebelumnya diadakan Majlis Tahlil dan Selawat

18.1.11

Ceramah Perdana Taman Seri Jenaris


Alhamdulillah... selesai sudah Majlis Ceramah Perdana yang telah di adakan di Dataran Taman Seri Jenaris. Ceramah telah disampaikan oleh Al-Fadzil Ustaz Haji Ramli bin Haji Safei, mantan Pengetua Sekolah Menengah Agama Yan. Sambutan dari kalangan penduduk Taman Seri Jenaris dan sekitar Tikam Batu amat menggalakan. Mudah-mudahan dengan menghadiri kemajlis seperti ini kita semua mendapat sedikit ilmu agama dalam menjalani kehidupan seharian kita, juga mendapat manafatnya dalam menguruskan rumahtangga kita. Semuga kehidupan kita lebih diberkati oleh Allah samada didunia atau di akhirat kelak.

11.1.11

Ceramah Perdana

Ceramah Perdana

Penceramah: Al-Fadzil Ustaz Hj Ramli Bin Hj Safei
(Mantan Pengetua Sekolah Agama Yan)


Tarikh : 17 Januari 2011 (Isnin)
Masa : Selepas Solat Isyak
Tempat: Dataran Taman Seri Jenaris

Semua penduduk Taman Seri Jenaris dan sekitar di jemput hadir beramai-ramai.

2.1.11

Konvoi ke Kuala Krai

Pada 31 Disember 2010 kami sebanyak 6 buah kereta dari Taman Seri Jenaris telah berkonvoi ke Kuala Krai bagi menghadiri majlis perkahwianan Cik Haslinda. Kami bertolak jam 7.30 pagi dan sampai di Kampung Kubang Lebur Kuala Krai pada jam 12.30 tengahari. Kami mengucapkan terima kasih kepada Cik Haslinda sekeluarga di atas layanan yang telah di berikan. Kami juga megucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai, semuga kekal abadi hingga keakhir hayat didalam lindungan dan Rahmat Allah.