25.2.10

MAULIDUR RASUL 2010

Al-Ahzab [21] Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
Sempena sambutan Mauludir Rasul, Persatuan Penduduk dengan kerjasama TASKA dan KAFA telah mengadakan perarakan di dalam Taman Seri Jenaris. Terima kasih kepada semua di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan bagi menjayakan program tersebut. Semuga dengan ini akan dapat mengeratkan silatulrahim antara kita dan contohilah ahlak baginda Rasulullah yang kita cintai.
Koleksi Photo disini.

17.2.10

Ekpidisi ke Terengganu dan Kelantan

Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris telah mengadakan ekpidisi ke Kuala Terengganu dan Kelantan pada 12 Feb 2010 hingga 14 Feb 2010. Bertolak jam 11.30 malam dan sampai di Kuala Terengganu pada pagi Sabtu. Lawatan ke Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal. Kemudian ekpidisi ke Pantai Batu Buruk untuk makan tengahari. Selepas makan rombongan terus ke Pasar Payang untuk membelibelah. Pada jam 4.00 petang semua peserta bertolak ke Suria Beach Resort di Merang untuk bermalam disana. Keesokan harinya peserta bertolak ke Kota Baharu Kelantan dan sampai di Pasar Siti Khatijah jam 4.00 petang. Ekpidisi bertolak balik ke Sungai Petani jam 6.30 petang dan sampai jam 3.00 pagi. Alhamdulillah Ekpidisi kali ini berjalan lancar dan selamat pergi dan kembali. Koleksi Photo klik disini

2.2.10

Ucapan Terima Kasih

SUMBANGAN UNTUK DANA PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN
SURAU AL–HIDAYAH TAMAN SERI JENARIS.

Setinggi-tinggi ucapan Terima Kasih dari Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa serta Penduduk Taman Seri Jenaris diatas segala sumbangan yang telah diberikan untuk penambahan dan pembesaran Surau Al-Hidayah. Pengubahsuaian Surau telah sempurna sepenuhnya dan anak-anak penduduk telah dapat belajar di kelas KAFA yang baru dengan lebih selesa lagi. Pejabat juga telah dapat digunakan dengan adanya 2 buah komputer dan printer yang diterima dari sumbangan individu bagi kegunaan persatuan dan guru-guru KAFA.

Semuga atas sumbangan tuan/puan sekelian, Tuan/Puan di Rahmati Allah dan diberikan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.... InsyaAllah... Amin.