10.10.10

Majlis Jamuan Hari Raya 2010

Gotong-royong dalam membuat persiapan oleh penduduk.

Majlis Jamuan Hari Raya telah di adakan di perkarangan Surau A-Hidayah pada 9 Okt 2010. Majlis diadakan dalam 2 sesei.. Bermula jam 2.00 ptg sehingga 5.00 ptg . Jamuan yang disedia ialah Nasi minyak berlauk ayam masak merah, ketupat pulut dan rendang, lontong dan kueh mueh. Di-sebelah malam bermula jam 7.00 mlm hingga 11.00 mlm. Ucapan ringkas oleh Pengerusi PPTSJ dan bacaan doa oleh En Rashidi

Acara malam di mulakan dengan Solat Mahgrib dan Tazkirah Mahgrib.. solat Isyak dan seterusnya acara di perkarangan Surau diteruskan pula dengan persembahan kompang dari anak-anak dari Sekolah Kebangsaan Penaga dan persembahan Multimedia dari Biro ICT. Jamuan malam yang disediakan ialah nasi minyak berlauk ayam, behon sup dan juga satay.Melayan penduduk yang hadir

Ribuan terima kasih kepada semua penduduk yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis ini.

8.10.10

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA

TARIKH: 09 OKTOBER 2010

HARI: SABTU

MASA: 2.00 PTG -4.30 PTG
08.00 MLM - 10.30 MLM

TEMPAT; PERKARANGAN SURAU AL-HIDAYAH
TAMAN SERI JENARIS, TIKAM BATU.

SEMUA PENDUDUK DI JEMPUT HADIR

ANJURAN: PPTSJ /KRT/MKK / SURAU AL-HIDAYAH / MAJLIS MUAFAKAT FLAT.

Pejabat Surau Al-Hidayah

Ribuan terima kasih kepada hamba Allah yang telah memberi Set Komputer dan Printer untuk kegunaan pejabat Surau Al-Hidayah. Semuga Allah memberikan limpah rahmat dan rezeki kepada beliau.

6.10.10

Katering di Balai Polis Tikam Batu

Persiapan oleh bentara
Diantara Bentara yang berusaha
Para jemputan yang hadir di Majlis Hari Raya Balai Polis Tikam Batu.
Koleksi Photo disini.

3.10.10

Katering Al-Hidayah

Persediaan di Surau Al-Hidayah
Alhamddulillah.. di bulan Syawal ni banyak dapat tempahan katering. Antaranya Majlis Hari Raya Ahli Parlimen Sungai Petani di Dewan Tikam Batu, Majlis Hari Raya di Sekolaah St Mark Butterwworth dan di Majlis Sumbangan Mangsa Ribut di Masjid Bukit Kecil Sungai Petani.
Menyediakan makanan di tempat majlis.

Kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan Katering untuk apa jua majlis, boleh lah berhubung terus Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris. Pihak kami juga ada menyediakan kanopi dan bentara.

Koleksi Photo Ketering di Bukit Kecil disini.