14.8.10

Majlis Berbuka Puasa di Surau Al-Hidayah

Petang tadi telah di adakan Majlis berbuka puasa bersama YB Dato' Johari Abdul Ahli Parlimen Sungai Petani. Sebelum waktu berbuka telah diadakan Majlis Tahlil bersama-sama jemaah Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris.

11.8.10

Gotong-royong Perdana di Masjid Pulau Sepom

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia, pada hari Ahad 08 Ogos 2010 telah diadakan gotong-royong perdana di Masjid Pulau Sepom Tikam Batu. Sebagai anak kariah, penduduk Taman Seri Jenaris telah sama-sama menyertai gotong-royong tersebut.

Koleksi Photo Disini

9.8.10

Ahlan Wa-Shahlan Ramadhan

Lafaz niat Puasa

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
PUASA mengajar kita erti Kesabaran, Ketaqwaan, dan Keimanan. Orang yang SABAR, BERTAQWA & BERIMAN tidak letih dengan PUASA.

Doa Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Amin!

2.8.10

Meraikan Anak Yatim di RFC


Petang tadi majlis meraikan anak-anak yatim Taman Seri Jenaris telah di adakan di RFC Laguna Sungai Petani. Majlis dianjurkan oleh MKK dan Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris. Semuga dengan majlis seperti ini dapat menunjukan keperahatinan kita semua kepada anak-anak yatim ini sempena menjelang Ramadan nanti.

Koleksi Photo disini

Ceramah Ahlan Wa Shahlan Ramadan


Ustaz Wadi Anuar sedang menyampaikan ceramah..