25.7.10

CERAMAH PERDANA

AJK SURAU AL-HIDAYAH & MKK AKAN MENGANJURKAN CERAMAH AGAMA

'AHLAN WASAHLAN RAMADHAN'



PENCERAMAH
AL-FADZIL USTAZ WADI BIN ANUAR

TARIKH & MASA
30 JULAI 2010 (JUMAAT) BERSAMAAN 20 SYAHABAN 1431H
JAM: 09.00 MALAM

TEMPAT
SURAU AL-HIDAYAH TAMAN SERI JENARIS, TIKAM BATU, KEDAH

SEMUA PENDUDUK MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

12.7.10

Israq Mikraq


Majlis Israq Mikraq telah di adakan pada hari Ahad 11 Julai 2010 di Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris, Tikam Batu. Majlis bermula dari pagi dengan program Kem Solat Bistari yang di sertai oleh anak TASKI Al-Barakah Taman Seri Jenaris. Juga diadakan peraduan melukis bertema Israq Mikraq oleh anak-anak Taski dan KAFA.

Kanak-kanak melihat hasil lukisan mereka.Pengerusi Majlis dan Ustaz Rosidi sedang menyampaikan ceramahnya.

Disebelah malamnya di adakan Ceramah Israq Mikraq yang telah disampaikan oleh Peguam Al-Ustaz Rosidi Bin Hussin (Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang). Majlis juga di hadiri ADUN Pantai Merdeka YB Hj Abdullah. Beliau telah menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak yang menang dalam pertandingan melukis dan yang cemerlang di dalam Kem Solat Bistari.YB Hj Abdullah sedang menyampaikan hadiah.

MKK sedang menyampaikan hadiah.

YB Hj Abdullah juga telah menyampaikan sumbangan beliau dan sumbangan dari penduduk Taman Seri Jenaris kepada seorang penduduk iaitu Saudara Mohamad Fauzi Mohamad Daud yang sedang didalam kesusahan kerana kesemua keluarganya sakit. Beliau menderita sakit jantung dan baru menjalani pembedahan. Beliau juga terpaksa menanggung ibu mertua dan kak iparnya yang terlantar sakit sejak 2 tahun lalu.
YB Hj Abdullah Jusoh dan MKK Taman Seri Jenaris
sedang menyampaikan sumbangan.
Koleksi Photo disini

9.7.10

Aktiviti Mnggu Ini

SABTU 10 Julai 2010 - 08.00 pagi - 10.00 pagi
Pejumpaan Waris Pelajar KAFA dan penyerahan buku rekod.

AHAD 11 Julai 2010
08.00 pagi - 12.00 tengahari
- Kem Solat Bistari Pelajar Taski
03.00 petang- Gotong-royong kenduri sempena Israq Mikraq
08.00 malam - Penyampaian Hadiah KAFA / TASKI
09.00 malam - Ceramah Israq Mikraq oleh Al-Ustaz Rosidi Bin Hussin (Peguam) merangkap Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Semua penduduk Taman Seri Jenaris dan penduduk sekitar di jemput hadir beramai-ramai.