27.4.10

Ceramah Perdana Bulanan

Update
Ramai juga yang hadir ceramah agama bulanan ni.. terutama kaum ibu... Kaum bapa sebok kot?. Marilah kita beramai-ramai datang ke Surau kita semasa di adakan Ceramah Agama dan kalau boleh disetiap waktu sembahyang. Sesungguhnya akal kita memerlukan makanan..... makanan akal ialah ilmu... dengan mendengar ceramah dan kuliah agama maka akan bertambahlah ilmu kita nanti demi unutk kebahagiaan di dunia dan akhirat.
CERAMAH PERDANA BULANAN


Anjuran bersama MKK dan AJK Surau Al-Hidayah

Penceramah: Al-Fadzil Ustaz Hj Mohd Idrus Bin Hj Ahmad
(Universiti Syria)

Tajuk: Amanat Nabi SAW Kepada Umat Akhir Zaman

Tempat: Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris
Tarikh: 29 April 2010 (Khamis)
Masa: Selepas Solat Maghrib

Muslimin Muslimat dijemput hadir.

5.4.10

Ceramah Agama

Pada 3 April telah diadakan Ceramah Agama bertempat di surau Al-Hidayah. Ceramah di sampaikan oleh Al-Fadzil Ustaz Hj. Mohd Isa Bin Hj. Abdul Rahman (Penceramah Radio 3 Alor Setar). Kehadiran penduduk amat menggalakan. Harapan pihak penganjur agar semua penduduk dapat melapangkan masa untuk hadir, setiap kali di adakan kuliah agama.

2.4.10

Majliis Pelancaran Kawasan Rukun Tetangga

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabaraktuh

PENGERUSI / JAWATANKUASA
KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) TAMAN SERI JENARIS
TIKAM BATU, SG PETANI, KEDAH

Dengan Segala Hormatnya Menjemput Dan Mempersilakan
Dato / Datin / Tuan /Puan / Encik
___________________________________________________

Ke Majlis Pelancaran & Perasmian Kawasan Rukun Tetangga (KRT)
Taman Seri Jenaris, Tikam Batu

Tarikh: 03 April 2010 (Sabtu)
Masa: 08.00 pagi - 09.00 malam
Tempat: Padang Permainan Taman Seri Jenaris

Semuga dengan kehadiran Dato / Datin / Tuan / Puan / Encik dapat memeriahkan dan menjayakan lagi majlis tersebut.
__________________________________________________________

CERAMAH PERDANA

Masa: 09.00 malam

Penceramah: Al-Fadzil Ustaz Hj. Mohd Isa Bin Hj. Abdul Rahman
(Penceramah Radio 3 Alor Setar)