25.10.09

Penambahan bangunan Surau A-Hidayah

Alhamdulillah.. dengan wang derma persaorangan dan koporat melalui Dana Pembangunan & Pendidikan yang telah dilancarkan pada bulan Ramadhan lalu pihak Surau Al-Hidayah telah dapat memulakan penambahan bangunan surau untuk kegunaan Kelas Kafa dan pejabat. Kos penambahan bangunan sebanyak RM17,000.00. Kos tambahan masih di perlukan untuk menambah siling, pendawaian elektrik dan kipas. Pihak kami mengalu-alukan dan sangat berharap kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan berbentuk wang atau bahan binaan untuk melengkapkan bangunan tersebut. Penyumbang bolih berhubung terus kepada Pengerusi (Ust Md Khir). Tidak lupa juga di ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang, semuga ALLAH membalas diatas sumbangan tuan puan itu.. Amin.

Katering di Majlis perkahwinan Nur Hafizah & Noraizam

Hari ini 25 Oct 2009 telah diadakan Majlis perkahwinan Nur Hafizah & Noraizam di Dewan Serbaguna Tikam Batu. Al-Hidayah Katering dan PPTSJ bersama sekali lagi di amanahkan untuk penyediaan makanan dan bentara bagi majlis tersebut. Semuga pasangan pengantin akan kekal bahagia sehingga keakhir hayat. Amin...

22.10.09

Kursus Pertanian ke 2

Petang tadi Khamis 22 Oct 2009, sekali lagi diadakan Kursus Pertanian di perkarangan Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris. Kali ini peserta belajar untuk menanam sayuran seperti lada di dalam polybag. Campuran adalah seperti berikut: 3 bahagian tanah (topsoil), 2 bahagian baja tahi ayam dan 1 bahagian pasir. Semua bahan dicampur rata (digaul) kemudian masukkan kedalam polybag.. barulah ditanam benih lada yang berumur 2-3 minggu.
Terima kasih kepada En Abdul Halim dari Pejabat Pertanian Sungai Petani yang telah meluangkan masa beliau untuk memberikan tunjuk ajar kepada peserta. Semuga dengan kursus ini, ramailah penduduk taman ini menanam sayuran sendiri di rumah masing-masing.

Lihat Photo di sini

17.10.09

Jamuan Hari Raya Parlimen Sungai Petani

Petang tadi telah di adakan Jamuan Hari Raya Ahli Parlimen Sungai Petani di Dewan Serbaguna Tikam Batu. Al-Hidayah Katering Taman Seri Jenaris telah di amanahkan untuk menyediakan makanan rendang ayam bersama lemang, bubur pulut hitam, bubur kacang, teh tarik, air sirap dan kacang kuda bersambal. Bermacam-macam gerai makanan lain juga di sediakan untuk tetamu yang hadir. Terima kasih kepada YB Dato' Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani.
Koleksi Photo disini

6.10.09

Katering di Balai Polis Tikam Batu

Hari ini Al-Hidayah Katering telah diamanahkan untuk menyediakan makanan di jamuan hariraya di Balai Polis Tikam Batu. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan terima kasih kepada pihak balai diatas sokongan yang di beri. Untuk sesiapa yang memerlukan sajian dan khemah untuk majlis apa jua, boleh lah membuat tempahan dari Al-Hidayah Katering, Taman Seri Jenaris Tikam Batu.