31.5.09

Mesyuarat Agung PPTSJ

iPada 30 Mei 2009 bermula jam 9.00 malam telah berlangsung Mensyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris, Tikam Batu. Seramai 75 ahli telah hadir daripada keseluruhan ahli seramai 173 orang.
Persidangan telah berjalan dengan lancar dan kebanyakan barisan exco lepas telah dilantik semula untuk sesei 2009/2011. Ucapan terimah kasih kepada yang hadir dan tahniah kepada yang di lantik. Semuga barisan exco kita dapat bekerja lebih kuat lagi demi mencapai Misi dan Visi persatuan kita.

video
Ucapan penutup dari Timbalan Pengerusi (Sdr Bukri Khalid)
yang penuh syahdu...

27.5.09

Program Cuti Sekolah - Kem Solat, Tahfiz dan Motivasi Remaja

Kem Solat, Tahfiz dan Motivasi Remaja 2009

Tarikh: 30 Mei - 01 Jun 2009 ( 8:00 pagi hingga 2:00 petang setiap hari)
Tempat: Surau AlHidayah Taman Seri Jenaris Tikam Batu
Yuran penyertaan: RM 20.00 seorang

Di jalankan oleh Motivator dan Ustaz yang berpengalaman.

Terbuka kepada semua anak-anak sekolah rendah dan sekolah menengah. Kepada yang berminat sila berhubung dengan Pengerusi (Ust Md Khir) atau Ketua Biro Remaja (En Rahim).

RIADAH MENDAKI BUKIT DAN BERKUDA
MENJANA ILMU, AKHLAK, IBADAH, DAYA JUANG DAN SEMANGAT WAJA.

25.5.09

Yuran Tahunan Persatuan

Kepada sesiapa yang belum menjelaskan yuran tahunan Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris diminta menjelaskan nya kepada bendahari (Sdr Sabarzri Bin Arifin) sebelum Mesyuarat Agung pada 30 Mei 2009. Yuran lain seperti yuran Surau dan yuran Biro Wanita juga bolih dijelaskan kepada Ahli Jawatankuasa atau Ketua Biro berkenaan dengan kadar segera.

Kerjasama Tuan / Puan di ucapkan berbanyak terima kasih.

*** Ikatan Ukwah Yang Utuh***

20.5.09

Dari Akbar Sinar Harian

Riadah bersama pemimpin capai matlamat

TIKAM BATU - Kira-kira 200 penduduk Taman Rhu, Taman Seri Pinang dan Taman Seri Jenaris di sini memeriahkan majlis ramai mesra bersama Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) ketiga-tiga taman berkenaan, Syed Zakaria Othman berkata, hubungan yang erat dan komunikasi yang mesra terjalin pada Program Jom Riadah Bersama Pemimpin anjuran Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris (PPTSJ) bersama dengan MKK Daerah Kuala Muda yang diadakan di Taman Seri Jenaris, Sabtu lalu.

Menurutnya, kemesraan itu lebih terserlah apabila Johari sendiri mengamalkan sikap mesra rakyat sekali gus menghapuskan jurang antara seorang pemimpin dan penduduk.

“Secara tidak langsung matlamat program ini yang ingin merapatkan lagi hubungan antara pemimpin dan rakyat tercapai.

“Apa yang tidak diduga ialah kesudian beliau untuk turun padang meninjau gotong-royong memasak jamuan kampung, malah turut menumis bawang sebagai tanda memulakan masakan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Selain Johari, hadir sama ialah wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh dan Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Fishol Hashim.

Syed Zakaria berkata, Johari juga diberikan kesempatan untuk melepaskan seramai 100 peserta mendaki Bukit Jenaris yang terletak di belakang taman perumahan terbabit.

Katanya, selain acara pendakian bukit terbabit, pelbagai acara lain turut diadakan seawal jam 8 pagi sehingga 1 petang seperti cabutan bertuah, senaman harimau sebelum program itu diakhiri dengan jamuan kampung.

Sementara itu, Johari berkata, program yang dianjurkan dengan inisiatif PPTSJ dan MKK ini adalah satu program yang amat bagus dan perlu diteruskan di lain-lain masa.

“Saya berharap pihak MKK di kawasan lain dapat menjadikan program ini sebagai contoh untuk dianjurkan pada masa depan di kawasan kediaman mereka kerana program ini secara tidak langsung memberikan ruang kepada pemimpin untuk bertemu rakyat.

“Ucapan terima kasih saya sampaikan kepada jawatankuasa penganjur yang julung kali menjayakan program seperti ini di sini dan saya berharap matlamat penganjuran program ini dapat dicapai,” katanya.

19.5.09

Mengembala kambing sunah Rasulullah

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

PEPERANGAN FUJJAR tentunya memberikan pengalaman yang menguji kekuatan, kepintaran, kepantasan dan kecekapan Rasulullah SAW. Namun untuk menjadi pemimpin umat malah pemimpin atau ketua dalam keluarga yang berjaya perlu mempunyai pengalaman yang lebih berkaitan tanggungjawab berat itu.

Oleh itu baginda mendapatkan semua pengalaman untuk menjadi pemimpin yang baik dengan menghabiskan sebahagian usia muda baginda sebagai pengembala kambing!

Kambing-kambing peliharaan baginda itu merupakan milik keluarga dan dikatakan juga mengambil upah mengembala kambing yang dimiliki oleh penduduk Mekah.

Namun tugas ini sebenarnya mempunyai falsafah yang unik lagi tinggi. Ia tidak sekadar mengembala kambing supaya tidak berkeliaran dan hilang dari kawalan.

Oleh kerana semua nabi sebelum ini pernah menjadi pengembala ternakan semasa mereka menjalankan amanah sebagai pembawa ajaran dari Allah. Lalu pengikut Rasulullah bertanya sendiri kepada baginda: "Adakah Wahai Rasulullah juga pernah menjadi gembala?" Lalu baginda menjawab: "Ya, selama beberapa waktu saya mengembalakan domba milik penduduk Mekah di daerah Qararit".

Justeru, kita hayati apa yang ditulis oleh penulis sejarah terkenal, Hussein Haekal mengenai corak kehidupan Rasulullah sebelum baginda mendirikan rumahtangga dengan wanita bangsawan yang terkenal, Siti Khadijah Khuwailid ini.

Kata Haekal, seperti yang kita ketahui, Perang Fijar atau Fujjar itu berlangsung hanya beberapa hari saja setiap tahun. Selebihnya masyarakat Arab kembali meneruskan pekerjaan masing-masing.

Pahit getirnya peperangan yang tergores dalam hati mereka tidak akan menghalangi mereka daripada kegiatan perdagangan, menjalankan riba, minum minuman keras serta pelbagai macam kesenangan dan hiburan dengan sepuas-puasnya.

Maka adakah Nabi Muhammad juga ikut serta dengan mereka dalam hal-hal yang seperti ini? Atau sebaliknya?

Menurut Haekal, telah berlaku pelbagai gejala yang teruk melanda anak-anak muda di kota Mekah ketika itu.

"Sudahlah mereka tinggal di pinggiran Mekah, yang tidak mempunyai mata pencarian, hidup dalam kemiskinan dan kekurangan namun merekalah yang ikut hanyut dalam hiburan itu.

"Bahkan di antara mereka lebih gila lagi dari golongan ternama Mekah dan bangsawan-bangsawan Quraisy dalam menghanyutkan diri dalam kesenangan demikian itu," katanya.

Akan tetapi Nabi Muhammad kata Haekal adalah anak muda yang ingin melihat, mendengar dan mengetahui.

"Itu sifat yang ditunjukkan oleh baginda," kata penulis sejarah Nabi yang terkenal ini.

Oleh itu baginda tidak ikut serta seperti yang dilakukan teman-temannya dari anak-anak bangsawan kerana baginda lebih berminat untuk memiliki pengetahuan berbanding berhibur dan menjauhi hidup ber foya-foya.

"Baginda mendambakan cahaya hidup yang akan lahir dalam segala manifestasi kehidupan dan yang akan dicapainya hanya dengan dasar kebenaran.

"Kenyataan ini dibuktikan oleh jolokan yang diberikan kepadanya dan pembawaan yang ada dalam dirinya.

"Itu sebabnya, sejak zaman kanak-kanak gejala kesempurnaan, kedewasaan dan kejujuran hati sudah tampak, sehingga penduduk Mekah semua memanggilnya Al-Amin (yang dapat dipercayai)," kata Haekal.

Ini menyebabkan baginda lebih banyak merenung dan berfikir melalui pekerjaannya menggembalakan kambing sejak sejak usia remaja baginda.

Baginda sendiri dikatakan begitu gembira dengan tugas sebagai pengembala kambing itu.

Haekal dapat mengutip kata-kata rasa gembira baginda di saat-saat mengembala ternakan itu, iaitu: "Nabi-nabi yang diutus Allah, kesemua mereka mengembala kambing. Ini termasuklah Nabi Allah Musa, Nabi Allah Daud sehinggalah aku sendiri meneruskan usaha murni ini mengembala kambing milik keluarga ku di Ajyad.

"Baginda mempunyai hati yang terang, menjalankan tugas dalam udara yang bebas di siang hari sehinggalah membawa kepada kemilau bintang di langit apabila malam menjelma.

"Ini menjadikan tugas baginda itu amat sesuai dan serasi untuk pemikiran dan merenung kejadian alam bagi mendapatkan sesuatu di atau penafsiran tentang penciptaan semesta ini," katanya.

Baginda membawa kambing-kambingnya jauh merentas padang sehinggalah ke kaki-kaki gunung dan bukit, jauh dari kesibukan kota Mekah.

Namun apabila kambing-kambing yang ada di hadapan Nabi Muhammad itu menarik kesedaran dan perhatiannya supaya jangan ada serigala yang akan menerkam kambing-kambing itu atau jangan sampai ada yang hilang dan sesat lalu baginda tidak lagi dalam dunianya yang tersendiri itu.

Baginda akan berusaha segenap tenaga dan akal pemikiran terhadap tahap keselamatan kambing-kambingnya itu.

Baginda akan mengawal dan memastikan sepenuhnya supaya ternakan tersebut dapat meragut rumput tanpa gangguan, hidup dan membiak dengan banyaknya.

Namun seperti yang ditulis oleh pakar sejarawan yang lain, Jaafar Subhani, apa yang penting mengembala kambing mengajar baginda supaya meningkatkan kesabaran dan ketabahan dalam 'memimpin' kambing-kambing itu.

Setiap ekor kambing akan mempunyai kerenah mereka yang tersendiri, begitu juga yang bakal dihadapi oleh baginda ketika baginda memimpin umat manusia.

"Apabila seseorang itu dapat menanggung kesukaran dalam menguruskan haiwan, yang tidak mempunyai akal dan kearifan, maka tentunya dia juga dapat bertanggungjawab untuk memimpin manusia yang sesat akal fikiran dan cara hidup mereka," kata Jaafar.

Malah dikatakan terdapat hadis Rasulullah sendiri yang menyebut: "Allah tidak mengangkat seorang nabi pun yang sebelumnya tidak dijadikan pengembala supaya mereka dapat belajar bagaimana hendak membimbing manusia."

Namun ada ketikanya, baginda hampir terpukau juga dengan kilauan segala macam maksiat dan hiburan yang berleluasa di Kota Mekah.

Ini apabila pada suatu hari ketika baginda menggembala kambing dengan seorang kawannya berkata bahawa baginda ingin bermain-main seperti pemuda-pemuda lain dengan menyertai pelbagai hiburan di kota Mekah dengan meminta kawannya itu menjaga kambing-kambing peliharaan baginda.

Tetapi sesampainya di hujung kota Mekah, perhatiannya tertarik pada suatu pesta perkahwinan dan baginda ingin hadir di tempat itu.

Tetapi tiba-tiba baginda terjatuh dan tertidur.

Begitu juga pada malam berikutnya, baginda lagi sekali cuba hendak mengunjungi Mekah, dengan maksud yang sama.

Baginda telah terdengar dari jauh kemeriahan irama muzik yang indah, seolah-olah turun dari langit.

Ini membuatkan baginda terleka namun menyebabkan baginda akhirnya tertidur lagi sehingga keesokan paginya.

Lagi sekali baginda gagal menyertai hiburan seperti pemuda-pemuda yang lain dan bagai direncanakan oleh Allah supaya baginda tidak terlibat dalam hiburan yang bakal melalaikannya.

Sebagai pengembala kambing tentunya tidak menjanjikan keuntungan, jauh sekali kemewahan tetapi baginda lebih mengejar 'kemewahan' yang menjanjikan kekuatan kepada jiwa dan minda. Semua ini diperolehi walau sekadar bergelar pengembala kambing!

Baginda sendiri pernah menyebut, "Kami adalah golongan yang hanya makan bila merasa lapar, dan bila sudah makan tidak sampai kenyang!"

Mengembala kambing bukan sekadar satu tradisi lama, wajar sekali dijayakan oleh kalangan anak-anak muda hari ini. Tidak sahaja untuk tujuan komersial tetapi bagi melahirkan pemimpin yang tabah dan tahan lasak sebagaimana yang menjadi rahsia di sebalik kejayaan si pengembala kambing, Nabi Muhammad SAW.


*** Setelah baca artikel ni, kepada sesiapa yang berminat nak bela kambing secara pawah bolehlah berhubung dengan Saudara Ahmad Zulkifly ***

16.5.09

Program Jom Riadah Bersama Pemimpin

Pagi tadi Sabtu 16 Mei 2009 telah diadakan program Jom Riadah Bersama Pemimpin di perkarangan Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris. Acara telah di rasmikan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani YB Dato' Johari bin Abdul. Semua peserta telah mendaki Bukit Jenaris dan selamat turun jam 11.00 pagi. Seterusnya upacara penyampaian hadiah dan juga cabutan bertuah telah diadakan disamping ucapan dari Ketua MKK dan juga Wakil Adun Pantai Merdeka. Seterusnya semua peserta telah dijemput ke jamuan makan tengahari.











Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini, terutamanya PPTSJ dan MKK.

Koleksi Photo disini.

11.5.09

Notis Mesyuarat Agung PPTSJ

Mesyuarat Agung PPTSJ kali ke 4
Berhubung dengan perkara di atas, telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas semalam bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris kali ke 4 akan diadakan pada hari Sabtu 30 Mei 2009 jam 0900 malam bertempat di Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris,

Sehubungan dengan itu adalah di minta semua ahli persatuan penduduk Taman Seri Jenaris dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat tersebut.

Segala usul boleh di kemukakan kepada setiausaha persatuan sebelum mesyuarat bermula.

SURVIVAL IV - JOM RIADAH BERSAMA PEMIMPIN

SURVIVAL IV - JOM RIADAH BERSAMA PEMIMPIN
TAMAN SERI JENARIS

ANJURAN PPTSJ BERSAMA MKK DAERAH KUALA MUDA

PADA: 16 MEI 2009 (Sabtu)
MASA: 08:00 PAGI
TEMPAT : TAMAN SERI JENARIS, TIKAM BATU

TENTITIF PROGRAM:
0800 pagi - Ketibaan peserta / Sarapan pagi
0815 pagi - Taklimat / Bacaan Doa Selamat
0830 pagi - Sessi senaman (Warm-up / Senaman Harimau)
  • Mendaki bukit
  • Rehat / Tazkirah
  • Menurun bukit
  • Penyampaian hadiah misteri
  • Ucapan oleh wakil MKK
  • Ucapan penutup oleh Pengerusi PPTSJ
1200 t/hari -Jamuan makan tengahari.

SEMUA PENDUDUK LELAKI DAN PEREMPUAN BERUMUR 12 HINGGA 56 TAHUN DIJEMPUT MENYERTAI PROGRAM INI

** SEMUA PESERTA DI GALAKKAN MEMAKAI PAKAIAN SUKAN (MENUTUP AURAT) DAN MEMPUNYAI STATUS KESIHATAN YANG BAIK **

*** HADIAH MISTERI MENANTI ANDA ***

10.5.09

Pasukan Kompang Taman Seri Jenaris

Pasukan Kompang Taman Seri Jenaris telah di tubuhkan pada Mei 2009. Latihan telah di adakan seminggu sekali di Surau Al-Hidayah oleh tenaga pengajar yang di datang khas dari Butterworth. Kepada semua remaja dan sesiapa yang berminat di kalangan penduduk taman, bolehlah datang belajar dan menyertai kumpulan ini.

7.5.09

NOTIS MESYUARAT KHAS

NOTIS MESYUARAT KHAS PERSATUAN PENDUDUK / SURAU AL-HIDAYAH TAMAN SERI JENARIS SESSI 2007/2009

Tarikh : 09 Mei 2009 (Sabtu)
Masa: 09:00 malam
Tempat : Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris, Tikam Batu

Agenda ;
-Ucapan Aluan Pengerusi
- Membincang Mesyuarat Agung kali ke 4 PPSTJ
- Hal-hal lain

Sehubungan dengan itu tuan / puan dijemput hadir bagi menjayakan mesyuarat tersebut.