18.8.08

"Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak"

Kepada semua muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT, Sempena kedatangan Bulan Ramadhan 1429 Hijrah,

Saya sekeluarga ingin memohan maaf atas segala kesalahan & kekurangan yg berlaku. Mudah-mudahan Ibadah kita akan sentiasa di berkati Allah SWT.

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

===== Mohon Maaf Lahir dan Bathin ======

"Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak"

15.8.08

Kursus Itensif Hafazan Al-Quran dan Bahasa Arab

Tarikh dan Masa: 17 -21 Ogos 2008 jam 08.00 pagi - 12.00 tengahari
Yuran Penyertaan: RM10.00 Pelajar KAFA - RM15.00 Pelajar luar
Penyertaan: Pelajar KAFA, Kelas Al-Quran, pelajar sekolah rendah dan menengah.
Bimbingan : Al Fadzil Ustaz Mohamad Ashraf B. Rahim - Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-quran & Qiraat, Maahad Qiraat Shoubra Universiti Al Azhar Mesir
Hubungi AJK Surau Al-Hidayah untuk borang penyertaan.

14.8.08

Aktiviti mengimarahkan Surau pada bulan Ramadhan Al-Mubarak 1429H

Berdasarkan mesyuarat AJK Induk PPTSJ / Surau Al-Hidayah pada 04/08/08 telah mencapai kata sepakat untuk melaksanakan beberapa aktiviti bagi mengimarahkan Surau pada bulan Ramadhan Al-Mubarak 1429H seperti berikut:
  • Sunat Tawarih dan Tazkirah
  • Majlis berbuka puasa dan moreh (tajaan individu / berkumpulan juga digalakan)
  • Tadarus Al-Quran (selepas terawih - Muslimin) (08.00 pagi - Muslimat)
  • Kuliah Subuh dan Qiamulail pada 10 malam terakhir khususnya pada malam ganjil.
  • Bubur lambuk setiap seminggu sekali
  • Kutipan Fitrah dan sumbangan untuk anak yatim / ibu tunggal.
Sehubungan dengan itu sumbangan iklas dari pihak tuan-puan dengan kadar minimum RM10.00 bagi setiap rumah amat diperlukankan bagi menjayakan segala aktiviti tersebut. Sumbangan dalam bentuk barangan dan makanan juga diterima. Salurkan semua sumbangan kepada wakil lorong / jalan atau terus ke AJK Surau Al-Hidayah.

SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN & PENDIDIKAN DAN DERMA TAHUNAN SURAU

Sumbangan iklas dari pihak tuan-puan penduduk Taman Seri Jenaris untuk dana pendidikan dan pembangunan sangat-sangat diharapkan. Mohon juga semua penduduk dapat menjelaskan derma tahunan Surau Al-Hidayah sebannyak RM24.00 setahun dengan kadar segera.
Semua sumbangan boleh di salurkan kepada wakil-wakil lorong/jalan yang telah dilantik atau kepada Bendahari / AJK Surau Al-Hidayah.

Segala sumbangan masa, wang ringgit dan tenaga yang tuan-puan sumbangkan moga-moga Allah SWT memberi ganjaran di akhirat kelak - InsyAllah.

11.8.08

Majlis Dialog antara AJK Pusat Komuniti dan Ahli Majlis Mesyuarat

Maklumat tentang aduan dan masaalah penduduk yang telah disampaikan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah dalam Majlis Dialog antara AJK Pusat Komuniti dan Encik Badrul Hisham bin Bahari pada 27.07.2008 (Ahad) bertempat di Surau Al-Hidayah, Taman Seri Jenaris.
  1. Membersihkan longkang besar (laluan utama taman) dan membina palang besi di sepanjang longkang tersebut.
  2. Membina bongol dijalan-jalan yang difikirkan perlu - mengurangkan kelajuan kenderaan dan menjaga keselamatan penduduk terutamanya kanak-kanak.
  3. Membina papan tanda nama taman di persimpangan jalan masuk utama.
  4. Menyediakan tapak gerai kekal di jalan utama taman berdekatan dengan pos kawalan.
  5. Menaik taraf / mentar semula - jalan utama masuk ke taman (hadapan Balai Bomba dan Dewan MPSP)
  6. Menyediakan lampu isyarat di persimpangan jalan masuk utama.
  7. Kutipan sampah secara berjadual.

PUSAT KOMUNITI - Matlamat / Prosedur Pengurusan

  • Menerima sebarang aduan / masaalah penduduk
  • Menyalurkan maklumat yang dikemukakan penduduk kepada kerajaan negeri dan pihak kuasa tempatan.
  • Menyampaikan maklumat tentang pentadbiran negeri
  • Badan perantara rakyat dan kerajaan negeri.
Sebarang aduan / pertanyaan, sila hubungi AJK berikut:
  1. Sdr Zakaria Bin Othman : 012-5574555
  2. Sdr Adnan bin Md Isa : 012-4570300
  3. Sdr Basharudin bin Gain :013- 4900434
  4. Sdr Shahidan bin Hashim : 017-5368254
  5. Puan Hasnah binti Abu Hassan : 019-4937693
  6. Puan Latifah binti Hj Hashim : 019-4791172
Pusat Aduan Taman Seri Jenaris - Pos Kawalan di Jalan 1.

5.8.08

Sambutan Israq Mikra' Sabtu 16 Ogos Bersamaan 14 Syaaban

Sambutan Israq Mikra' akan diadakan pada 16 Ogos 2008 hari Sabtu di Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris. Acara akan bermula dari jam 2.00 petang dan berahkir jam 11.00 malam.
Atucara adalah seperti berikut:
1. Pertandingan Melukis untuk kanak-kanak
2. Persembahan kesenian oleh kanak-kanak Taski
3. Kenduri
4. Syarahan Agama oleh Ustaz Nizar (Al-Hadzromy Yaman)
Semua penduduk diminta hadir dan memberikan kerjasama bagi menjaya dan memeriahkan majlis tersebut.