28.12.08

Sekitar Ekpedisi mendaki Bukit Jenaris


Pagi tadi satu lagi program Ekpedisi mendaki Bukit Jenaris (Bukit Berut) berjaya terlaksana berkat kerjasama penduduk Taman Seri Jenaris dan AADK Kuala Muda. Bermula jam 8.00 pagi setelah semua peserta bersarapan, diadakan senaman ringan memanaskan badan yang di ketuai oleh En Shahidan. Seterusnya peserta (lebih 150 orang) memulakan pendakian, ada 10 peserta tidak dapat meneruskan pendakian akibat dari kekejangan otot dan sebagainya. Walau bagaimana pun peserta selebihnya telah dapat menamatkan pendakian ini termasuk warga tua yang berumur 72 tahun dan kanak-kanak baru berumur 4 tahun.

Syabas kepada yang berjaya.

**Koleksi Photo di sini

24.12.08

Survival II - Mendaki Bukit Jenaris

SURVIVAL II - MENDAKI BUKIT JENARIS
TAMAN SERI JENARIS

ANJURAN PPTSJ BERSAMA AADK DAERAH KUALA MUDA DAN MEDIA

PADA: 28 DEC 2008
MASA: 0715 PAGI
TEMPAT : TAMAN SERI JENARIS, TIKAM BATU

TENTITIF PROGRAM:
0715 pagi - Ketibaan peserta / Sarapan pagi
0740 pagi - Taklimat / Bacaan Doa Selamat
0800 pagi - Sessi senaman (Warm-up / Senaman Harimau)
  • Mendaki bukit
  • Rehat / Tazkirah
  • Menurun bukit
  • Penyampaian hadiah misteri
  • Ucapan oleh wakil AADK / Media
  • Ucapan penutup oleh Pengerusi PPTSJ
1200 t/hari -Jamuan makan (Rebung Masak Lemak / Asam Pedas Terubuk)

SEMUA PENDUDUK LELAKI DAN PEREMPUAN BERUMUR 12 HINGGA 56 TAHUN DIJEMPUT MENYERTAI PROGRAM INI

** SEMUA PESERTA DI GALAKKAN MEMAKAI PAKAIAN SUKAN (MENUTUP AURAT) DAN MEMPUNYAI STATUS KESIHATAN YANG BAIK **

*** HADIAH MISTERI MENANTI ANDA ***

BERSENAMLAH UNTUK KESIHATAN ANDA

22.12.08

Ekpedisi ke Cameron Highland


Pada 20-21 December 2008 Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris telah mengadakan ekpedisi ke Cameron Higland. Dalam perjalanan, singgah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Taklimat telah di sampaikan oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim (Pengarah Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Perak). Ahli rombongan juga telah di hidangkan dengan jamuan makan tengahari.
Jam 2.00 ptg setelah selesai Solat Dzohor peserta bertolak ke Cameron Highland menuju ketempat penginapan di Berincang. Sebelah malam nya telah diadakan BBQ. Keesokan harinya telah diadakan lawatan ke MARDI Tanah Rata. Seterus nya rombongan berhenti di Tringkap untuk memberi peluang peserta xpdc membelibelah seperti sayur-sayuran segar, teh dan sebagainya.
Jam 4 ptg rombongan bertolak pulang ke Sungai Petani. Singgah di R&R Sungai Perak untuk makan dan Solat Mahgrib. Rombongan yang disertai seramai 130 org (2 bas, 2 Avanza dan 1 Kelisa) telah selamat sampai pada jam 09.45 malam.


**Koleksi photo disini

11.12.08

MAJLIS INTIFAL 2008

Hari ini 11/12/08 telah diadakan majlis Intifal 2008 untuk Kelas Taski dan Kelas KAFA. Majlis bermula dari jam 06.00 petang sehinggalah jam 10.30 mlm bertempat di Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris. Y.B HJ. Abdulah Bin Jusoh EXCO Pendidikan, Komunikasi & ICT merangkap ADUN Pantai Merdeka telah merasmikan majlis tersebut. Di majlis tersebut kanak-kanak dari Taski dan KAFA telah mempersembahan Sajak, bacaan Al-Quran dan juga nasyid. Pemberian hadiah dan anugerah juga telah diadakan untuk pelajar TASKI dan KAFA yang cemerlang.


TASKI AL-BARAKAH {Cawangan Taman Seri Jenaris}
ANUGERAH PELAJAR CERMERLANG 5 TAHUN
ANUGERAH EMAS - NORAFIQAH SYAMSINA BT SYAMSUL FAZLI
ANUGERAH PERAK- MUHD IQMAL SHAUQI BIN MOHD SOBRI
ANUGERAH GANGSA - MUHD NAJMI BIN MOHD KHIR AZHARI

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 6 TAHUN
ANUGERAH EMA
S - NUR AIDA BT ADNAN
ANUGERAH PERAK - MUHD AIMAN HAFIZ B. SABARUDDIN
ANUGERAH GANGSA - NURUL ANIS SHAHIRA BT RASHIDI

10.12.08

Majlis Korban Aidil Adha


Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua penduduk Taman Seri Jenaris. Tahun ni Surau Al-Hidayah telah menjalankan ibadah korban dengan jaya nya.. ini semua diatas kerjasama semua penduduk yang telah juga berkorban tenaga dan masa dalam menjayakan majlis ini. Sebanyak 5 ekor lembu telah di korbankan pada hari raya pertama dan seekor lagi pada hari Khamis ini. Daging-daging telah di agihkan kepada penduduk taman dan juga penduduk sekitar Tikam Batu yang layak menerimanya. Diatas komitment yang diberikan olih penduduk taman ini, kemungkinan pada tahun hadapan lebih ramai lagi yang akan menyertai ibadat korban ini. InsyaAllah.

** Koleksi Photo di sini

4.12.08

Dari akbar Sinar Harian

Co-Dependency beri pendedahan bahaya dadah

TIKAM BATU - Dengan matlamat membendung masyarakat daripada terus hanyut dalam najis dadah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda menganjurkan satu program yang diberi nama Co-Dependency untuk penduduk di Taman Seri Jenaris.

Penolong Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Siti Sarah Abd Wahab berkata, pendedahan mengenai bahaya najis dadah ini perlu dilakukan secara ‘bertemu muka’ dengan masyarakat agar segala mesej bahaya dadah dapat disalurkan dengan jelas dan tepat.

“Kita adakan Co-Dependency ini adalah untuk menyebarkan maklumat dadah dan perkara yang berkaitan dengannya kepada masyarakat dengan ceramah yang diadakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Siti Sarah berkata, tanggungjawab untuk membendung masalah penagihan dadah ini perlu dilakukan bersama-sama secara berganding bahu antara AADK dan pihak bertanggungjawab lain dengan masyarakat, penagih dadah dan keluarga penagih dadah.

“Ia merupakan satu tanggungjawab besar. Kita hanya dapat membendung gejala ini dengan hanya bekerjasama tanpa mengharapkan sebelah pihak sahaja,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati seramai 50 penduduk di taman ini turut disajikan dengan ceramah yang disampaikan penceramah jemputan seperti Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Syed Hamid Albar, Wan Zahari Hasan.

Turut diadakan, ceramah istimewa yang disampaikan bekas penagih dadah sendiri, Nasir Mohamad yang berkongsi pengalamannya hidupnya mengenai najis dadah dengan penduduk.

Siti Sarah berharap pendekatan yang dibawa AADK ini dapat merealisasikan matlamat mereka untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada bahaya penagihan dadah.

1.12.08

Program Co-Dafendency bersama AADK

Program Co-Defendency bersama AADK Kuala Muda telah berjaya diadakan di Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris pada hari Ahad 30 Nov 2008. Seramai lebih 30 orang penduduk di taman ini menyertai program ini. Ceramah telah di sampaikan olih Tuan Ir. Zahari, En. Nasir Mohamad dan juga En. Samsuri dari AADK.

Tuan Ir Zahari sedang memberi ceramah.


" Kami Penduduk Taman Seri Jenaris Benci Dadah"

27.11.08

Program Bersama Membasmi Dadah

Program Bersama Membasmi Dadah (CO-DEFENCDENCY) AADK Kuala Muda akan diadakan pada 30 November 2008 (Ahad) jam 08.00 pagi sehingga 12.30 t.hari. Bertempat di Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris, Tikam Batu. Majlis perasmian akan di sempurnakan olih En. Shamsuri Yusof (Ketua Pegawai AADK Kuala Muda). Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.
*Makan pagi dan tengahari akan di sediakan.

"Kami Benci Dadah"

15.11.08

Kem Amali Solat Bestari



Pada hari Sabtu dan Ahad (15&16 Nov 2008) telah diadakan Kem Amali Solat Bestari di Surau Al Hidayah Taman Seri Jenaris. Peserta terdiri dari pejajar KAFA dan TASKI TSJ. Program dikendalikan oleh Ustaz Mahudin, Ustazah Naemah, Ustazah Walida dan dibantu oleh guru-guru KAFA dan TASKI. Tujuan diadakan program ini adalah untuk mendidik anak-anak cara yang betul dalam mendirikan Solat termasuk dari segi praktikal dan bacaan nya. Semuga dengan adanya program seperti ini, anak-anak penduduk di taman ini dapat mempraktikan nya dengan melakukan ibadat Solat yang betul dan sempurna.

9.11.08

Majlis Bacaan Yassin Untuk Bakal Haji

En Fadzil memerima ceenderahati dari ketua Pusat Komuniti


Pagi tadi 09 Nov 2008 diadakan satu majlis bacaan Yassin dan doa selamat bagi meraikan bakal-bakal Haji dan Hajah di surau Al-Hidayah. Sempena dengan itu juga pihak Pusat Komuniti Taman Seri Jenaris memberikan sedikit cenderahati untuk bakal-bakal Haji.
Semuga mereka semua mendapat Haji yang Makbrur dan di permudahkan segala urusan di Tanah Suci kelak. Amin.

18.10.08

Program GEMPADAH 2008 berjaya.


Semalam dan hari ini berlansunglah Program Gempadah2008 Daerah Kuala Muda yang di adakan di perkarangan Surau Al Hidayah Taman Seri Jenaris. Acara telah dapat dijalankan mengikut perancangan dengan jayanya, Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda , Polis DiRaja Malaysia, Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Kastam DiRaja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Rela Tikam Batu dan PPTSJ sendiri selaku tuan rumah. Semuga dengan program seperti ini dapat menyedarkan penduduk mengenai bahaya dadah dan dapat memberikan sumbangan dalam membenteras kegiatan penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat kita.

12.10.08

Program Gerak Gempur Dadah (GEMPADAH 2008) Daerah Kuala Muda


Progam gerak gempur dadah (GEMPADAH 2008) peringkat daerah Kuala Muda anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris.
Rasional program ini adalah untuk membebaskan kawasan-kawasan yang dikenalpasti berisiko tinggi dalam masaalah dadah melalui usaha dan gerakan secara kolektif. Objektif Program:
- Memberi maklumat dan pengetahuan kepada ahli masyarakat mengenai bahaya dadah
- Mendapatkan maklumbalas dari ahli masyarakat mengenai masaalah dadah semasa
- Menggerakan masyarakat yang telah berpengetahuan kearah masyarakat Malaysia Bebas Dadah 2015

Tarikh: 17 Oktober 2008(Jumaat) 3.00 Ptg hingga 11 mlm
18 Oktober 2008(Sabtu). 7.00 pagi hingga 12.30 tgh
Tempat: Perkarangan Surau Al Hidayah Taman Seri Jenaris


Diharapkan semua penduduk TSJ dan sekitar Tikam Batu dapat hadir bersama keluarga beramai-ramai kemajlis ini.

Tentetif Program:
17/10/2008 (Jumaat)
3.00 ptg - Outreach
7.00 mlm - Solat Maghrib berjemaah
- Tazkirah
- Solat Isyak berjemaah
- Persembahan anak-anak TSJ
- Wayang Pacak (AADK)
- Cabutan bertuah
18/10/2008 (Sabtu)
4.00 pagi - Qiamullail
- Solat Subuh berjemaah
- Kuliah Subuh
7.00 pagi - Merentas desa
8.00 pagi - Sukanika
- Gerai pameran (Bomba, Kastam, Polis, Kesihatan)
- Majlis Forum AADK
- Cabutan bertuah
- Jamuan hari raya

" BELIA BENCI DADAH "

3.10.08

Pagi Hari Raya

Sembahyang Sunat Aidil Fitri Surau Al Hidayah



Selepas itu berkunjung kerumah jemaah.

22.9.08

Sumbangan Hari Raya untuk Ibu Tunggal dan Anak Yatim


Malam tadi selepas Solat Terawih telah diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal dan anak yatim terdiri dari penduduk Taman Seri Jenaris. Majlis telah disempurnakan oleh YB Haji Abdullah(Adun Pantai Merdeka). Sumbangan dari PPTSJ dengan kerjasama Pusat Komuniti Taman Seri Jenaris, ADUN Pantai Merdeka dan Parlimen Sungai Petani merupakan barang makanan dan kain. Seramai 16 orang telah menerima sumbangan tersebut. Semuga semua penerima akan dapat merasai nikmat berhari raya seperti lain-lain penduduk di taman ini.
PPTSJ mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah menyumbang untuk majlis ini.

8.9.08

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK DANA PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN

Surau Al –Hidayah
Persatuan Penduduk
Taman Seri Jenaris
08600 Tikam Batu ,Kedah

Ruj. Kami : SAH / PPTSJ / 1429 H / ( 39 )
Tarikh : 01 Ramadhan 1429 H / 01 Sept 2008

Tel No. 04-4386344

Assalamua’laikum w.b.t

Yang Berbahagia Dato’/ Datin, Tuan / Puan,
………………………………….

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK DANA PEMBAGUNAN DAN PENDIDIKAN BAGI SURAU AL – HIDAYAH TAMAN SERI JENARIS.

Dengan segala hormat dan sukacitanya , saya merujuk kepada perkara di atas.Mudah – mudahan di berkati dan dirahmati Allah swt sempena di bulan Ramadhan Al – Mubarak ini.

2. Surau Al – Hidayah Taman Seri Jenaris mula di bina pada tahun 2002 hasil dari pengorbanan dan sumbangan penduduk dengan inisiatif Persatuan Penduduk (PPTSJ ) beserta pemaju perumahan.

3. Sumbangan derma surau telah ditetapkan pada kadar RM 24.00 bagi setiap sebuah keluarga , namun begitu biasanya kutipan tidak mendapat sepenuhnya. Sumbangan individu dan hasil aktiviti PPTSJ / SURAU menambah pendapatan untuk membiayai segala aktiviti di surau ini.

4. Sehubungan dengan itu kami bagi pihak surau Al – Hidayah / PPTSJ dengan rendah diri memohon jasa baik Dato’ / Datin, Tuan / Puan untuk memberi sedikit sumbangan untuk kami menjayakan program dan perancangan yang telah di jalan dan rancang seperti berikut :

4.1 Kelas Pengajian & Pendidikan ( sedang di jalankan )
4.1.1 Kuliah & Ceramah bagi setiap bulan
4.1.2 Kelas Fardhu Ain dan KAFA ( Umur 7 tahun – 12 tahun )
( gaji guru di biayai oleh surau sendiri )
4.1.3 TASKI Al –Barakah (cawangan TSJ )
( gaji guru di biayai oleh PPTSJ sendiri )
4.2 Pembinaan Pejabat di Surau Al –Hidayah TSJ ( Perancangan )
4.2.1 Anggaran kos Perbelanjaan RM 10000.00
4.2.2 Kemudahan computer/ internet akan disediakan.

5. Segala sumbangan boleh di salurkan terus kepada Akaun Surau Al- Hidayah NO. 07043011015678 ( Bank Islam ) atau melalui tabungan yang disediakan dan kepada Pengerusi PPTSJ / SURAU seperti alamat di atas.

6. Moga – moga sumbangan ikhlas dari pihak Dato / Datin , Tuan / Puan mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah swt sempena di bulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah.


Mohd Khir Bin Abu
Pengerusi
Persatuan Penduduk (PPTSJ )
Taman Seri Jenaris, Tikam Batu,

Takaful Khairat Kematian 2008/2009

Adalah dimaklumkan bahawa tempoh perlindungan syarikat takaful Etiqa untuk sessi 2007/2008 akan tamat pada 16 Sept 2008.
Tuan/Puan diminta membuat bayaran pembaharuan atau pendaftran baru (RM20.00) sekiranya berminat untuk mendapat perlindungan Takaful bagi sessi 2008/2009
Sila hubungi En. Zulkkifli Zainudin di No.250 TSJ sebelum 12 Sept 2008.

2.9.08

Gerai Ramadhan


Gerai Ramadhan di Taman Seri Jenaris telah beroperasi bermula sejak hari pertama lagi. Kepada penduduk taman adalah di seru supaya membeli juadah untuk berbuka di gerai ini. Bantulah rakan-rakan kita yang berniaga di sana.
Kepada penduduk yang ingin menjalankan pernigaan di gerai Ramadhan, boleh lah berhubung dengan AJK PPTSJ atau AJK Pusat Komuniti Taman Seri Jenaris. Masih ada lagi kekosongan gerai.

18.8.08

"Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak"

Kepada semua muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT, Sempena kedatangan Bulan Ramadhan 1429 Hijrah,

Saya sekeluarga ingin memohan maaf atas segala kesalahan & kekurangan yg berlaku. Mudah-mudahan Ibadah kita akan sentiasa di berkati Allah SWT.

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

===== Mohon Maaf Lahir dan Bathin ======

"Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak"

15.8.08

Kursus Itensif Hafazan Al-Quran dan Bahasa Arab

Tarikh dan Masa: 17 -21 Ogos 2008 jam 08.00 pagi - 12.00 tengahari
Yuran Penyertaan: RM10.00 Pelajar KAFA - RM15.00 Pelajar luar
Penyertaan: Pelajar KAFA, Kelas Al-Quran, pelajar sekolah rendah dan menengah.
Bimbingan : Al Fadzil Ustaz Mohamad Ashraf B. Rahim - Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-quran & Qiraat, Maahad Qiraat Shoubra Universiti Al Azhar Mesir
Hubungi AJK Surau Al-Hidayah untuk borang penyertaan.

14.8.08

Aktiviti mengimarahkan Surau pada bulan Ramadhan Al-Mubarak 1429H

Berdasarkan mesyuarat AJK Induk PPTSJ / Surau Al-Hidayah pada 04/08/08 telah mencapai kata sepakat untuk melaksanakan beberapa aktiviti bagi mengimarahkan Surau pada bulan Ramadhan Al-Mubarak 1429H seperti berikut:
  • Sunat Tawarih dan Tazkirah
  • Majlis berbuka puasa dan moreh (tajaan individu / berkumpulan juga digalakan)
  • Tadarus Al-Quran (selepas terawih - Muslimin) (08.00 pagi - Muslimat)
  • Kuliah Subuh dan Qiamulail pada 10 malam terakhir khususnya pada malam ganjil.
  • Bubur lambuk setiap seminggu sekali
  • Kutipan Fitrah dan sumbangan untuk anak yatim / ibu tunggal.
Sehubungan dengan itu sumbangan iklas dari pihak tuan-puan dengan kadar minimum RM10.00 bagi setiap rumah amat diperlukankan bagi menjayakan segala aktiviti tersebut. Sumbangan dalam bentuk barangan dan makanan juga diterima. Salurkan semua sumbangan kepada wakil lorong / jalan atau terus ke AJK Surau Al-Hidayah.

SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN & PENDIDIKAN DAN DERMA TAHUNAN SURAU

Sumbangan iklas dari pihak tuan-puan penduduk Taman Seri Jenaris untuk dana pendidikan dan pembangunan sangat-sangat diharapkan. Mohon juga semua penduduk dapat menjelaskan derma tahunan Surau Al-Hidayah sebannyak RM24.00 setahun dengan kadar segera.
Semua sumbangan boleh di salurkan kepada wakil-wakil lorong/jalan yang telah dilantik atau kepada Bendahari / AJK Surau Al-Hidayah.

Segala sumbangan masa, wang ringgit dan tenaga yang tuan-puan sumbangkan moga-moga Allah SWT memberi ganjaran di akhirat kelak - InsyAllah.

11.8.08

Majlis Dialog antara AJK Pusat Komuniti dan Ahli Majlis Mesyuarat

Maklumat tentang aduan dan masaalah penduduk yang telah disampaikan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah dalam Majlis Dialog antara AJK Pusat Komuniti dan Encik Badrul Hisham bin Bahari pada 27.07.2008 (Ahad) bertempat di Surau Al-Hidayah, Taman Seri Jenaris.
  1. Membersihkan longkang besar (laluan utama taman) dan membina palang besi di sepanjang longkang tersebut.
  2. Membina bongol dijalan-jalan yang difikirkan perlu - mengurangkan kelajuan kenderaan dan menjaga keselamatan penduduk terutamanya kanak-kanak.
  3. Membina papan tanda nama taman di persimpangan jalan masuk utama.
  4. Menyediakan tapak gerai kekal di jalan utama taman berdekatan dengan pos kawalan.
  5. Menaik taraf / mentar semula - jalan utama masuk ke taman (hadapan Balai Bomba dan Dewan MPSP)
  6. Menyediakan lampu isyarat di persimpangan jalan masuk utama.
  7. Kutipan sampah secara berjadual.

PUSAT KOMUNITI - Matlamat / Prosedur Pengurusan

  • Menerima sebarang aduan / masaalah penduduk
  • Menyalurkan maklumat yang dikemukakan penduduk kepada kerajaan negeri dan pihak kuasa tempatan.
  • Menyampaikan maklumat tentang pentadbiran negeri
  • Badan perantara rakyat dan kerajaan negeri.
Sebarang aduan / pertanyaan, sila hubungi AJK berikut:
  1. Sdr Zakaria Bin Othman : 012-5574555
  2. Sdr Adnan bin Md Isa : 012-4570300
  3. Sdr Basharudin bin Gain :013- 4900434
  4. Sdr Shahidan bin Hashim : 017-5368254
  5. Puan Hasnah binti Abu Hassan : 019-4937693
  6. Puan Latifah binti Hj Hashim : 019-4791172
Pusat Aduan Taman Seri Jenaris - Pos Kawalan di Jalan 1.

5.8.08

Sambutan Israq Mikra' Sabtu 16 Ogos Bersamaan 14 Syaaban

Sambutan Israq Mikra' akan diadakan pada 16 Ogos 2008 hari Sabtu di Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris. Acara akan bermula dari jam 2.00 petang dan berahkir jam 11.00 malam.
Atucara adalah seperti berikut:
1. Pertandingan Melukis untuk kanak-kanak
2. Persembahan kesenian oleh kanak-kanak Taski
3. Kenduri
4. Syarahan Agama oleh Ustaz Nizar (Al-Hadzromy Yaman)
Semua penduduk diminta hadir dan memberikan kerjasama bagi menjaya dan memeriahkan majlis tersebut.

15.7.08

Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris


Gambar kenangan bersama YB Hj Abdullah Bin Jusoh ADUN Pantai Merdeka & EXCO Pendidikan Kedah

Setelite View

Taman Seri Jenaris... pandangan dari setelite..

Pusat Komuniti TSJ dibuka dengan rasminya

video
Pusat Komuniti Cawangan Taman Seri Jenaris telah di rasmikan olih YB Hj, Abdullah Bin Jusoh (ADUN Pantai Merdeka & EXCO Pendidikan) pada 13 Julai 2008 jam 10:00 Malam. Dalam ucapannya beliau meminta semua punduduk dapat berkerjasama dalam memajukan masyarakat setempat. Beliau juga meminta penduduk mengeratkan silatulrahim, tegur menegur jika ada perbuatan anak-anak yang tidak baik.
Pusat Khidmat ini juga adalah merupakan saluran maklumat dari penduduk kepada pihak pemerintah dan sebaliknya.

13.7.08

Pusat Komuniti Taman Seri Jenaris akan dirasmikan.

Pada malam ini jam 9.30 malam pelancaran Pusat Komuniti Taman Seri Jenaris akan dirasmikan oleh YB. Haji Abdullah Bin Jusoh Adun Pantai Merdeka merangkap Exco Pendidikan Negeri Kedah. Sempena dengan itu satu program gotong-royong telah diadakan semalam di Pos Kawalan TSJ. Terima kasih pada penduduk yang telah memberikan kerjasama.

9.7.08

KHIDMAT CATERING AL-HIDAYAH

KHIDMAT CATERING AL-HIDAYAH
Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris
Tikam Batu.

Kami menyediakan perkhidmatan untuk majlis kenduri kahwin, Majlis jamuan koporat dan Majlis kenduri tahlil. Kami juga menyediakan semua peralatan kenduri termasuk khemah dan kerusi meja.

Untuk tempahan sila hubungi:

Sdr Soaid @ Jamil Bin Ismail tel: 019-5183342
Sdr Bukri Bin Khalid Tel: 019-4574171
Sdr Mansor Rasidi Tel: 019-4799145
Sdr Adnan Bin Md Isa Tel: 012-4570300

SUCI DAN BERKAT

8.7.08

PENGUMUMAN

Gotong-royong akan diadakan pada 12 & 13 Julai 2008 di sekitar pondok pengawal TSJ. Ini adalah untuk persediaan acara perasmian Pusat Khidmat Komuniti yang akan diadakan pa jam 09:30 malam 13 Jul 2008.
Sekian, Kerjasama penduduk amat dihargai.

7.7.08

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru kepada Mohd Zulkarnien dan pasangannya Maryam Bt Majid. Semuga kekal abadi hingga keanak cucu.... Amin..

Pada 05 Jul 2008 Saudara Soaid @ Jamil telah selamat mengadakan majlis Walimatulurus anak lelaki beliau.

Beliau mengucapkan ribuan terimakasih kepada PPTSJ, Biro Wanita dan Biro Remaja diatas kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan majlis tersebut.

19.6.08

Oh.. ada uniform juga ke..

Sekadar mengingatkan...

Hanya Ingin Mengingatkan ....

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......


1. Dunia
itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta
itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

18.6.08

Assalamualikum.. Pemula Bicara..

"mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"