18.3.12

Perasmian PASTI Al-Hasanah Tmn Seri Jenaris



Perasmian telah disempurnakan oleh: YB Hj Abdullah Bin Jusoh (ADUN Pantai Merdeka).

Objektif PASTI

Menyediakan proses pendidikan awal yang beroriantasikan systemPendidikan Islam kearah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.

Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.

Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah, akhlak dan cenderung melakukan makruf serta meninggalkan munkar.

Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran, doa dan zikir.

Memberi pengetahun kepada kanak-kanak asas bahasa, matematik dan komunikasi kearah kebolehan dan keupayaan membaca, mengira, munulis dan menghafal.

Visi
Melahirkan Insan Soleh Di Malaysia Melalui Pendidikan Pra Sekolah Sebagai Elemen Terpenting

Misi
Melahirkan KualitiPengajaran Dan Pembelajaran, Pengurusan Serta Kuantiti PASTI Di Malaysia Bagi Menjadikan PASTI Pilihan Utama Kepada Masyarakat Yang Cintakan Pendidikan Islam.

16.2.12

Ceramah Maulidur Rasul 1433H

Penceramah

Al Fadzil Ustaz Tuan Shiekh Hj. Ahmad Faisol Bin Hj Omar
(Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Jitra / Penceramah Radio 3 AlorSetar)

Tajuk
"Rasulullah SAW Pelita Hidup Ummah"

Tarikh:
19 Feb 2012 / 26 Rabiul Awal 1433H (Ahad)

Masa:
Jam 09.00 Malam (Selepas Solat Isyak)

Tempat:
Perkarangan Surau Al-Hidayah, Taman Seri Jenaris, Tikam Batu

Seluruh penduduk / penghuni Taman Seri Jenaris dijemput hadir.
""Ayuh kita hadir...tanda kita ummat Nabi Muhamad SAW"

5.2.12

Sambutan Maulidur Rasul 1433H

Sebahagian dari Kontenjen yg mengambil bahagian dalam perarakan


Bacaan Doa sebelum memulakan perarakan


Perarakan sedang melalui jalan di Taman Seri Jenaris


Ceramah Maulidur Rasul sedang di sampaikan oleh Ustaz Nasuha
Koleksi Photo disini

3.2.12

PERARAKAN SEMPENA HARI MAULIDUR RASUL 1433H

KEPADA SEMUA PENDUDUK / PENGHUNI TAMAN SERI JENARIS.

TARIKH: 05 FEBUARI 2012 (AHAD)
12 RABIULAWAL 1433H
MASA: 0800 PAGI

TENTATIF PROGRAM:
08.00 - KONTENJEN BERKUMPUL DI PERKARANGAN SURAU
08.15 - TAKLIMAT PERARAKAN
- BACAAAN DOA
- PERARAKAN BERMULA
09.00 - CERAMAH MAULIDUR RASUL
- JAMUAN MAKAN
-BERSURAI

Sehubungan dengan itu tuan puan, pelajar KAFA, PASTI, Tadika UMMI dan seluruh penduduk diminta mengambil bahagian dalam perarakan didalam Taman ini, Sumbangan wang dan lain-lain barangan untuk menjayakan majlis ini amat di alu-alukan. Semua sumbangan boleh disalurkan kepada Saudara Rashidi (Bendahari Surau) atau Saudara Bukri (Pengerusi Surau)

KEHADIRAN ANDA SEMUA, TANDA CINTA KEPADA RASULULLAH S.A.W.

"PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH"

2.1.12

PASTI Hasanah Taman Seri Jenaris

Mulai tahun 2012 Taman Seri Jenaris telah membuka PASTI untuk anak-anak yang berumur 4 - 6 tahun. Pendaftaran telah dibuka dan sesei persekolahan bermula pada 04 Januaari 2012.
Harapan PPTSJ agar ibubapa memberi sokongaan dengan menghantar anak-anak mereka ke PASTI yang baru di tubuhkan ini.Sedang bergotong royong untuk mencantikan PASTI

31.12.11

Trip Perkelahan di Lata Tebing Tinggi

Pada 31 Dec 2011, kami berkonvoi sebanyak 10 kereta ketempat perkelahan di Lata Tebing Tinggi, Selama, Perak. Ini lah aktiviti terakhir untuk tahun ini.

Persediaan tempat semasa sampai..Mandi manda di Lata... sejuk dan nyaman...
Solat berjemaah tidak dilupakan..


Koleksi Photo disini

23.12.11

Ceramah Perdana Ustaz Nur Salam

Ceramah Perdana telah diadakan di Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris malam tadi. Penceramah dijemput dari Lampong Indonesia iaitu Al-Fadzil Ustaz Nur Salam Al-Hafiz beserta dua orang penceramah cilik. Tajuk ceramah ' Mencari Kunci Syurga....'. Mudaha-mudahan hadirin semua dapat sidikit sebanyak ilmu untuk bekalan kita di dunia ini dan lebih lagi di akhirat kelak.
Ustaz Nur Salam Al-Hafiz bersama dua orang penceramah cilik.

Sebahagian hadirin yang hadir

Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari sedang menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Nur Salam

Alhamdulillah.. sambutan yang menggalakan.


Penceramah Cilik dari Lampong Indonesia

Koleksi photo disini.

17.12.11

Program Bersama AADK

Pada 17 Dec 2011 telah diadakan Program Bersama AADK di perkarangan Surau Al-Hidayaah Taman Seri Jenaris. Ceramah anti dadah telah disampaikan oleh pegawai AADK Sungai Petani. Piala Pusingan Pertandingan Carum sumbangan MKK

Ceramah disampaikan oleh Pegawai AADK

Seramai 100 orang telah mendaftar sebagai Rakan Anti Dadah (RADA). Di program ini juga diadakan pertandingan Carum bagi dewasa dan pertandingan Dam Haji bagi kanak2.
AADK membuat pameran dan pendaftaran RADAKaum Wanita membuat Bubur Asyura


2.12.11

Ceramah Maal Hijrah 1433H

Ceramah Maal Hijrah bertajuk 'Kemana kita nak berhijrah....' telah diadakan di surau Al-Hidayah pada 12 Dec 2011 jam 9 malam. Ceramah di sampaikan oleh Al-Fadzil Ustaz Hj.Hassan (Pakar Motvasi).
Alhamdulillah, sambutan dari anak remaja dan ibu bapa amat menggalakan
Selepas ceramah, jamuan makan disediakan.

23.11.11

Motivasi 'Remaja Harapan Ibu Bapa'

Program Motivasi bertajuk "Remaja Harapan Ibu Bapa" telah diadakan pada 23 Nov 20011 di Surau Al-Hidayah Taman Seri Jenaris, Tikam Batu. Program dianjurkan oleh AJK Surau Al-Hidayah dengan kerjasama MKK. Program sehari secara percuma ini telah menjemput penceramah dan rakan-rakan jemaah beliau yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur iaitu Al-Fadzil Ustaz Rosemanizam Bin Al-Jebri . Beliau merupakan Perunding Pakar Motivasi. Harapan pihak penganjur agar dengan adanya program seperti ini setiap kali cuti persekolahan, dapatlah memberikan motivasi kepada anak-anak di Taman Seri Jenaris ini agar dapat lebih mendekatkan diri kepada Allah dan menghormati ibubapa disamping menambahkan ilmu untuk bekalan didunia dan lebih lagi di akhirat kelak.Dimalam nya pun diadakan sesie motvasi kepda ibu dan bapa, yang telah disampaikan oleh Al-Fadzil Ustaz Saiful Anuar Nasution dengan tajuk 'Mendidik Anak Cara Rasullullah'.

Koleksi Photo disini.

9.10.11

Tanaman Rozel di Surau

Saudara Sidi mengusahakan tanaman rozel di perkarangan Surau Al-Hidayah
Pokok rozel yang sedang mengeluarkan bunganya.
Hasil nya.. untuk dibuat air minuman dan juga jem... sedap...

24.9.11

Jamuan Hari Raya 2011

Jamuan Hari Raya telah selamaat diadakan pada 23 Sept 2001 (Jumaat) jam 9.00 malam. Sambutan dari penduduk Taman Seri Jenaris amat-amat menggalakan. Semuga tetamu berpuas hati dengan hidangan yang telah di sajikan. Harapan penganjur iaitu PPTSJ dan Surau Al-HIdayah, dengan majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi Silatulrahim diantara penduduk di taman ini. Terima kasih juga kepada semua yang telah berusaha untuk menjayakan majlis ini.
Penduduk dan tetamu yang hadir
Sajian yang disediakanAnugerah Sijil dan cenderahati sumbangan MKK
Koleksi Photo disini

21.9.11

Sambutan Hari Raya

Majlis Jamuan Hari Raya

Tempat: Perkarangan Surau Al-Hidayah, Taman Seri Jenaris
Tarikh : 23 Sept 2011 (Jumaat)
Masa: Jam 0900 Malam

Semua Penduduk Taman Seri Jenaris di jemput hadir. Jamuan makan di sediakan.
Datang lah beramai.... meriahkan majlis tersebut.

30.8.11

Selamat Hari Raya Eidil Fitri

Pengerusi dan semua Ahli Jawatankuasa PPTSJ dan Surau Al-Hidayah mengucapkan Selamat Hari Raya. Di kesempatan ini dipohon ribuan ampun dan maaf andai ada kesalahan atau kesilapan sepanjang kami menjalankan amanah yang di berikan ini. Semuga semuanya bergembira di hari yang mulia ini setelah kita bersama manjalani ibadah puasa, agar ibadah kita di terima oleh Allah S.W.T.
Sebahagian dari penduduk yang menghadiri sembahyang sunat Eidil Fitri di surau Al-Hidayah
Jamuan hari raya selepas Solat dan Tahlil


29.8.11

Majlis sumbangan Hari Raya

YB Johari Abdul sedang menyampaikan sumbangan

YB beramah mesra bersama penduduk

Kelmarin pada 28 Ramadhan telah diadakan Majlis Sumbangan Hari Raya di Surau Al-Hidayah, Taman Seri Jenaris. Majlis telah di sempurnakan oleh YB Datok Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani). Sumbangan di berikan kepada ibu tunggal, guru Al-Quran, guru KAFA dan guru TASKI. Juga saguhati kepada adik-adik yang mengikuti program Tadarus sepanjang Ramadhan ini.

Koleksi Photo disini

19.8.11

Mohon Sumbangan Dana Pembangunan

Surau Al –Hidayah
Persatuan Penduduk
Taman Seri Jenaris
08600 Tikam Batu ,Kedah

Ruj. Kami : SAH / PPTSJ / 1432H / ( 02 )
Tarikh : 01 Ramadhan 1432 H / 01 Ogos 2011

Tel No. 012-4570300 / 019-4574171

Assalamua’laikum w.b.t

Yang Berbahagia Dato’/ Datin, Tuan / Puan,
………………………………….

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK DANA PEMBAGUNAN DAN PENDIDIKAN BAGI SURAU AL – HIDAYAH TAMAN SERI JENARIS.

Dengan segala hormat dan sukacitanya , saya merujuk kepada perkara di atas.Mudah – mudahan di berkati dan dirahmati Allah swt sempena di bulan Ramadhan Al – Mubarak ini.

2. Surau Al – Hidayah Taman Seri Jenaris mula di bina pada tahun 2002 hasil dari pengorbanan dan sumbangan penduduk dengan inisiatif Persatuan Penduduk (PPTSJ ) beserta pemaju perumahan.

3. Sumbangan derma surau telah ditetapkan pada kadar RM 24.00 setahun bagi setiap sebuah keluarga , namun begitu biasanya kutipan tidak mendapat sepenuhnya. Sumbangan individu dan hasil aktiviti PPTSJ / SURAU menambah pendapatan untuk membiayai segala aktiviti di surau ini.

4. Sehubungan dengan itu kami bagi pihak surau Al – Hidayah / PPTSJ dengan rendah diri memohon jasa baik Dato’ / Datin, Tuan / Puan untuk memberi sedikit sumbangan untuk kami menjayakan program dan perancangan yang sedang dan akan di jalan seperti berikut :

4.1 Kelas Pengajian & Pendidikan ( sedang di jalankan )
4.2 Kuliah & Ceramah bagi setiap bulan
4.3 Kelas Fardhu Ain dan KAFA ( Umur 7 tahun – 12 tahun )
( gaji guru di biayai oleh surau sendiri )
4.4 TASKI Al –Barakah (cawangan TSJ )
( gaji guru di biayai oleh PPTSJ sendiri )
4.5 Pembinaan Bangunan Tambahan di Surau Al –Hidayah TSJ ( Perancangan )
(Anggaran kos Perbelanjaan RM 20,000.00)

5. Segala sumbangan boleh di salurkan terus kepada Akaun Surau Al- Hidayah NO. 07043011015678 (Bank Islam ) atau melalui tabungan yang disediakan dan kepada Pengerusi PPTSJ / SURAU seperti alamat di atas.

6. Moga – moga sumbangan ikhlas dari pihak Dato / Datin , Tuan / Puan mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah swt sempena di bulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah.

Wasallam.

Bukri Bin Khalid

Pengerusi

Surau Al-Hidayah & Persatuan Penduduk (PPTSJ )
Taman Seri Jenaris, Tikam Batu,

Pembinaan Balai Lintang di Suaru Al-Hidayah

Update
Balai Lintang yang telah siap sepenuhnya
Balai lintang telah siap sepenuhnya . Alhamdulillah dan terimah kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menyiapkan nya dalam tempoh 3 minggu sahaja. Terima kasih juga kepada semua yang telah memberikan sumbangan dan wakaf dalam menjayakan projek ini.. Semuga Allah merahmati dan membalas segala usaha kalian semua..Amin.

Kerja pembinaan sedang dijalankan.
Surau Al-Hidayah sedang menjalankan projek pembinaan Balai Lintang. Tujuan pembinaan adalah untuk menyediakan tempat bagi aktiviti mesyuarat, aktiviti masyarakat dan tempat jamuan. Projek hampir siap, hanya menunggu dana untuk memasang tile sahaja.
Kepada sesiapa yang berniat untuk menyalurkan bantuan atau wakaf untuk Tile bolehlah berbuat demikian kepada AJK Surau Al-Hidayah. Untuk 1 kaki persegi di jual dengan harga RM5.00 sahaja. Jumlah keluasan adalah 550 kaki persegi.

Koleksi Photo disini